CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 1

[Sabah] Lelaki pecah rumah, curi jam, wang tunai diburu

[Copy link]
Post time 10-2-2022 07:01 PM | Show all posts |Read mode


PENCURI: Lelaki yang dikehendaki selepas memecah masuk sebuah rumah di Luyang dan melarikan jam tangan serta wang tunai penghuni.

KOTA KINABALU: Polis giat memburu seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah dan melarikan jam tangan serta wang tunai di Luyang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata suspek diburu selepas kegiatannya itu berjaya dirakam  kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira jam 8 pagi.

“Semasa kejadian, pemilik rumah dan penghuni lain mendakwa berada di dalam tandas dan kejadian hanya disedari selepas mereka terdengar bunyi pintu yang ditendang.

“Penghuni rumah kemudiannya keluar untuk memeriksa keadaan rumah sebelum melihat seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam rumah.

“Penghuni rumah juga sempat menegur suspek  dan bertanyakan tujuan suspek berada di rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata suspek segera keluar dan melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penghuni rumah.

“Hasil semakan terhadap rakaman CCTV mendapati suspek sempat meninjau sekitar kawasan rumah mangsa.

“Suspek kemudiannya dilihat menendang pintu rumah mangsa yang berkunci dan hasil pemeriksaan lanjut mangsa kehilangan sebuah jam tangan jenama terkenal dan wang tunai RM70,” katanya.

Mohd Zaidi berkata siasatan lanjut di tempat kejadian sedang dijalankan oleh pegawai penyiasat kes.

Beliau juga memohon kerjasama orang ramai yang mengenali suspek agar menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan atau menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 02:36 AM | Show all posts
kehilangan sebuah jam tangan jenama terkenal


alah bgtau je lah....kan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.430079 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list