"Rahsiaku pecah di sini."
Nourul Depp menerusi hantaran terbaru di Instagram mengakui dia tidak pernah membuka mulut kepada sesiapa mengenai identitinya sebagai penyanyi sejak berhijrah ke Bali, Indonesia.
Kredit foto: IG
Katanya, mereka hanya mengenalinya sebagai 'herbalifelady' sahaja.
Namun, rahsianya terbongkar apabila seorang rakannya mengetahui dia bukan sekadar jurulatih dan penasihat rangkaian kesihatan Herbalife.
"Sekarang mereka tahu saya seorang penyanyi.
"Semuanya gara-gara kamu @jo_prioul, habis mereka semua tahu siapa saya sebenarnya," katanya.
Terdahulu, Nourul sekeluarga berpindah ke Bali pada September lalu selepas beberapa bulan tertangguh.
Kredit foto: IG
Lepas ni, popularlah Nourul di Bali! - CARI
|