View: 878|Reply: 3
|
Salah Orang Simbah Arak, Kan Dah Kena Belasah Dengan Gadis Peninju Muay Thai Pro!
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang lelaki menyimbah arak ke badan seorang gadis selepas pelawaannya untuk minum bersama ditolak membawa padah apabila dia dibelasah mangsa yang juga merupakan peninju muay thai profesional.
Insiden yang berlaku di gerai tepi jalan di daerah Huai Kwang pinggir Bangkok itu berlaku pada Isnin lalu.
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, Pareploy Saeaia yang mempunyai rekod 40 kemenangan dalam 50 pertarungan dilihat menolak, menendang dan menumbuk lelaki tersebut.
Difahamkan, kedua-duanya telah didenda 1,000 baht (RM127) kerana mengganggu ketenteraman awam.
Dalam pada itu, lelaki tersebut yang juga seorang kakitangan di sebuah hotel di Bangkok telah dibuang kerja.
Swissotel Bangkok Ratchada dalam satu kenyataan menjelaskan tindakan lelaki tersebut telah mencemari reputasi hotel dan kelakuannya tidak dapat diterima sama sekali.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Mendapat sudah baru buku bertemu ruas |
|
|
|
|
|
|
|
Di redlight District ada few acik acik pandai muay thai memang berani lawan dengan drunktard di sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Bidio manaaaa??? I suke nengok ppuan nek kaki kt jantan. Asyik2 hat jantan jaa nek kaki tgn kt ppuan |
|
|
|
|
|
|
| |
|