View: 820|Reply: 5
|
Pemain Bola Didenda Aniaya Kucing Peliharaan
[Copy link]
|
|
Kelab bola sepak West Ham United yang berada dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu mendenda pemainnya dari Perancis, Kurt Zouma setelah dia didapati menganiaya seekor kucingnya.
Bagaimanapun, jumlah denda yang dikenakan itu tidak didedahkan.
Kredit foto: The Sun
Penaja Zouma, Adidas Giant Sportswear juga telah memutuskan urusannya dengan pemain berusia 27 tahun tersebut selepas satu rakaman video menunjukkan dia menjatuhkan, menendang dan menampar haiwan kesayangannya itu, baru-baru ini.
Organisasi kebajikan haiwan, Persatuan Diraja Untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) pula menyifatkan video itu sebagai sangat menjengkelkan dan melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut bersama dengan polis.
Kredit foto: The Sun
Kira-kira 200,000 orang telah menandatangani petisyen dalam talian yang mendesak Zouma didakwa kerana menganiayai binatang.
Menurut kelab tersebut dalam satu kenyataan, Zouma sangat menyesal berikutan kejadian itu.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
bangsat , celaka ko penganiaya kucing |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik tengok orang yang bela kucing tapi mendera. Kalau dah tak suka tu, bagi la kat orang yang boleh jaga. Jangan la seksa haiwan tu[em:7:] |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis tak sesuai nak pelihara kucing. Cantik kucingnya tu banggal kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang bela haiwan pastu aniaya haiwan tu
Dia ada sakit jiwa
Dia rasa puas sebab haiwan tu tak dapat melawan atau membantah
Macik sarankan dia cuba bela rimau atau badak sumbu |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia pon ada, kena rasuk setan agaknya? ke sbb kucing beli jd status dorang cuma barang yg boleh diganti kalau 'rosak'? |
|
|
|
|
|
|
| |
|