View: 838|Reply: 7
|
Paderi Lawan Pengaruh Syaitan Dengan Bakar Buku Harry Potter Dan Twilight
[Copy link]
|
|
Pelbagai buku genre fantasi termasuk Harry Potter dan Twilight dibakar seorang paderi di Tennessee, Amerika Syarikat dalam usaha menentang "pengaruh syaitan".
kredit foto: Skynews
Memetik Kosmo, Greg Locke pada Rabu lalu ketika memberi ceramah memberitahu jemaahnya bahawa dia diarahkan Tuhan untuk membuat upacara pembakaran buku itu di gereja tempatan.
Tindakan itu melibatkan berpuluh-puluh buku seperti Harry Potter dan Twilight serta pelbagai objek lain yang didakwa ada melambangkan ilmu sihir.
kredit foto: Global News
Menerusi hantarannya di Facebook, beliau berkata, "berhenti membenarkan pengaruh syaitan memasuki rumah anda, bawa semua barang berkaitan Harry Potter yang anda miliki. Ketawa sebanyak mana kamu mahu wahai pembenci, saya tak kisah."
"Ini adalah 100 peratus sihir. Semua buku dan filem Twilight penuh dengan mantra, syaitan, perubahan bentuk dan ajaran kultus," katanya.
kredit foto: Global news
Semasa upacara pembakaran itu dijalankan, Locke mengajak peserta lain untuk membakar barangan lain seperti daun terup, papan Ouija, patung berhala, buku mantra dan segala-galanya yang dirasakannya berkaitan ilmu hitam.
Locke juga meyakinkan orang ramai bahawa gereja itu mempunyai permit untuk membakar sesuatu bahan, selain berhak membakar bahan berkaitan ilmu sihir sekiranya mengancam hak agama, kebebasan dan sistem kepercayaan mereka. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Patung gajah pun kena bakar
Tak ada ka forummer pakar bible masuk memberikan sepatah dua ucapan diselangi ayat2 copy paste dari bible?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 10-2-2022 07:19 AM
Decaffeinated replied at 10-2-2022 07:07 AM
Patung gajah pun kena bakar
Tak ada ka forummer pakar bible masuk memberikan sepatah dua ucapan dis ...
Aku malas copy paste ayat Bible dan bukan juga pakar (hanya 1 pakar Bible di forum ini iaitu @cmf_shalom. Oh ada sorang lagik, Nobito. Ummah acah2 pakar seperti Redskin tiada dalam list ya. ).
Tapi Kristian totok (Protestant terutamanya) memang percaya suma benda2 yang dibakar ni satanic. Jangan kata Harry Potter ngan Twilight - suma bentuk muzik, filim, drama, socmed yang melalaikan dan bersifat duniawi adelah satanic. Sebab itu Mormon hidup aman2 tanpa TV tanpa gadget. |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau pulak shalom tu pakar sebab dia jarang flex. Yang selalu muncul sorang tu ja yg suka gaduh dgn Maideen ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-2-2022 07:25 AM
tak tau pulak shalom tu pakar sebab dia jarang flex. Yang selalu muncul sorang tu ja yg suka gaduh ...
Aku tau dia boleh tahan pengetahuan pasal Bible sebab pernah la dia bagi buah fikiran dia dalam discussion apa ntah. Dari cara dia bagi pendapat tu boleh tahu abang tu hada blaja (sendiri atau ikut kursus) Bible study. |
|
|
|
|
|
|
| |
|