KABONG: Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong turun padang meninjau status Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Tahun 2021 iaitu Projek Naik taraf Masjid Lebai Mat Emplam bernilai RM150,000 pada Isnin.
Projek tersebut adalah di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana.
Dalam pada itu, pemantauan dalam keadaan berkala tersebut seringkali dilakukan oleh ADUN Kabong, Mohammad Chee Kadir dan juga pihak Pusat Khidmat ADUN Kabong bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan berkualiti dan mengikut jadual yang ditetapkan.