CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1860|Reply: 19

Tinggal Anak Setahun Dan Enam Tahun Bersendirian Jual Sayur, Ibu Positif Dadah

[Copy link]
Post time 9-2-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Polis menyelamatkan dua beradik berusia setahun dan enam tahun selepas didapati menjual sayur tanpa penjaga di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kampung Baru, di sini semalam.


Sebelum diselamatkan pada pukul 6.30 petang itu, tular gambar dua beradik tersebut menjual sayur di lokasi tersebut dalam media sosial.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abdul Rahman  berkata, bertindak atas maklumat orang awam, anggota polis ke pusat beli-belah itu dan menahan dua beradik berkenaan bersama seorang wanita berusia 39 tahun yang mengaku ibu kepada kanak-kanak terbabit.


Foto: Utusan




“Siasatan awal mendapati wanita itu mengaku meninggalkan dua anaknya dengan alasan pergi ke bank bersebelahan untuk memasukkan wang kepada seorang lagi anaknya. Bagaimana wanita itu ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan ujian saringan air kencing juga didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.


Beliau memberitahu, semakan rekod mendapati wanita berstatus ibu tunggal dan mengaku berasal dari Sik itu juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.


Tambah Anuar, wanita itu kini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1958 manakala dua anaknya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 05:22 PM | Show all posts
kesian ke anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 06:26 PM | Show all posts
Sian anak2 yang dipergunakan macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
baby setahun tu entah2 berjalan pun tak lagi. ditinggal kat public gitu je ngan abg/kakak beso pirah. kejinya betina camni. dah taik dadah, beranak pinak kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kahwin setel la masalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Taik la. Klo nk mendadih jgn beranak bole? Sian baby tu. Kecik2 cuma rau nak main je. Jibrauk punye mak[em:29:]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannn, mana la jantan keparat yg tau derma sperm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysian ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, Ffira Mikah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 09:44 PM | Show all posts
sbb dadah apa pun sanggup.. satgi dah tua2, jadi nenek terpaling mula la keluar tvdok tuduh anak derhaka bagai.. padahal masa muda cmni gaya dia...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Org ramai disitu cepat bertindak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perasan plak pasal berita ni tular, kesian anak2.
Iols penah menangis sbb terserempak dgn sorang akak dan 2 anak kecil dia tgh minta sedekah kat pasar mlm.
Dia mcm tersorok sikit duduk tk mcm pengemis yg sendiket tu. pastu muka pun mcm org tempatan pakai spek, anak2 pun pakai elok mcm anak2 org tempatan.
Iols tgk dia mkn nasi mcm org lapar je. Pastu yg iols rasa sedih tu sbb nampak dia bangun beli sayur. Dia duk minta sedekah tu pun kat depan gerai jual sayur tu.
So iols rasa dia maybe ibu tunggal yg terdesak perlukan duit kot.
Harapnya laa bukan penipu ke apa.Sbb muka pun tak penah nampak minta sedekah sblm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
epuepy replied at 9-2-2022 08:21 PM
Taik la. Klo nk mendadih jgn beranak bole? Sian baby tu. Kecik2 cuma rau nak main je. Jibrauk punye  ...

Elok pulak x gugur ank tu walaupon mak mendadih
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm parasit rohingya jah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 08:40 AM | Show all posts
Rezeki tak seberapa, mak addicted to drug tapi masih ada anak berumur setahun.. apo ni?
Kesian betul nasib anak2 dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 09:17 AM | Show all posts
Kesiannya budak2 ni. Umur baru setahun kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2022 09:23 AM | Show all posts
nampak mcm kaum rohingya...ke local?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 10-2-2022 07:18 AM
Elok pulak x gugur ank tu walaupon mak mendadih

Ade orang kampung aku mendadih badan tinggal tulang je, tapi anak berderet. Sape bapak pon tak tau. Tp kesian anak2 terbiar. Muke sume comel2 gebu. Tp geram gak anak2 dia slalu pau laki aku duit. Laki aku jenis cepat kesian kalau dengan budak2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
OK la jugak. Anak anak kandung dia. Yg si Rohingya tu tah bdk mana dicekupnya bwk pegi mengemis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 10-2-2022 09:52 AM
Ade orang kampung aku mendadih badan tinggal tulang je, tapi anak berderet. Sape bapak pon tak tau ...

Org biasa yg hidup sihat kesian i baca xsmpai 3 bulan kandungan dah gugur. Mgkin sbb bila isap dadah ni lalok khayal tido je, dpt rehat lama, sbb tu kandungan elok kot. Org lain nak makan nk minum pon hati2 . Diaorang dah la dpt ank ramai, bersalin normal pulak tu. Entah2 x rasa sakit sgt pon sbb dadah byk dlm bdn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.096085 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list