View: 15634|Reply: 187
|
Julia Farhana Bela Anjing, Setiap Pagi Ada Tunggu Depan Pintu Bilik
[Copy link]
|
|
Kecoh jadinya bila Julia Faraha memuat naik video memaparkan anjing di dalam rumah dan menunggunya di depan pintu bilik.
Katanya anjing tersebut akan menunggunya setiap pagi dan mengiringinya sampai ke kereta.
Foto: IG
Disebabkan itu pelakon ini menerima pelbagai kecaman memandangkan Umat Islam haram menyentuh haiwan tersebut.
Menjawab isu ini, Julia mengaku dia dan keluarga membela anjing bernama Julio.
Bagaimanapun menjelaskan anjing peliharaan keluarganya sudah dilatih untuk tidak menjilat atau bersentuhan dengan mereka.
"Nama dia Julio dan dia memang anjing peliharaan kami sekeluarga. Selain anjing, saya juga ada tujuh ekor kucing yang semua diselamatkan.
"Saya rasa, perkara ini sensitif dan saya faham sebab sebagai Muslim, mereka (netizen) risau dengan isu terkena air liur atau bersentuhan masa basah.
"Tapi ia bukan isu untuk saya dan keluarga sebab Julio sudah dilatih dengan baik. Dia takkan jilat atau sentuh kami.
"Kalau lihat video saya pun, kami tidak pernah bersentuhan dan dia juga bukan anjing jenis air liur meleleh," katanya kepada mStar.
Tambah Julia segala urusan penjagaan melibatkan haiwan peliharaannya itu dilakukan oleh pembantu rumah bukan beragama Islam.
"Bab bagi makan, mandi dan tukar diapers, semua diuruskan oleh pembantu rumah kami yang bukan Muslim. Setiap bulan kami hantar dia ke tempat groomer.
"Jadi memang tak akan bersentuhan dalam keadaan basah pun. Dia pun tidak akan berjalan-jalan dalam rumah, ada beberapa kawasan saja.
"Bilik solat saya pun dekat tingkat paling atas di mana dia tidak boleh masuk."
Julia juga memberitahu, "Kami ambil dia ketika berusia dua bulan kerana tiada siapa nak jaga dia disebabkan masalah kulit. Saya pun dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil.
"Kami dah biasa latih anjing. Masa membesar di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Nowadays pun, kalau la tersentuh masa basah pun ada sabun sertu.
"Saya tahu tanggungjawab sebagai Muslim dan saya nak jaga bukan saja hubungan dengan manusia tapi dengan semua makhluk hidup seperti haiwan dan sebagainya."
Oh, begitu. Jadi apa pendapat anda? -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
adeh..ni anak aku baca habislaaa.... husky ni comel... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je malayu bela anjing..
tapi diam-diam sudah la..
|
|
|
|
|
|
|
|
If sejenis husky ni iols suka si meeka. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols italian mix kan. Maybe dah terbiasa dari kecik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
whoareyyuuuuu.. pelakon? penyanyi? pelawak?
cetek benar ilmu beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Suka hati ko la dik.. nak bela oink2 pun takde sapa kesah sebenarnya. Patut ko hush2 jer.. tapi sebab nak naikkan nama sendu, maka haruslah cipta kontroversi.
Bulu anjing baka Husky ni mesti jenuh nak bersihkan.. Jenuhla nak pakai roller sticker tu tetiap hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Family iols pun bela dulu. Tp jenis duduk luar rumah tolong jaga rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
entah la tapi ai ok aje kat orang2 yg jadi pencinta haiwan ni.. so bila baca dia ni bela anjing ai macam ok whatever..
bab2 amalan n ibadah ngan Allah, Allah lebih tahu menilai.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Bagaimanapun menjelaskan anjing peliharaan keluarganya sudah dilatih untuk tidak menjilat atau bersentuhan dengan mereka."
Adoi dik. Elok kau buat dono jela dengan soalan netizen. Kau bela je la anjing 7 keturunan sekali pon. Dont need to justify apa2. Termasuk la bagi jawapan yg anjing tu dah train tak menjilat. Kelakar plak iolls rasa jawapan sheolls. Kalau masih pikir soal nak jaga kebersihan sebagai Islam, termasuk la hal samak & sertu, adalah dinasihatkan takyah bela anjing. Basahnya bukan hanya pasa jilatan, tapi juga hidung anjing yg basah mencium merata, anjing bersin & anjing berpeluh sebab tu anjing berbau.
Ikhlas dari saya, seorang yg berhari2 main dengan anjing. |
|
|
|
|
|
|
|
cutieslilies replied at 9-2-2022 02:01 PM
adeh..ni anak aku baca habislaaa.... husky ni comel...
Sama la
Ank aku suka husky, dia kata comel |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun spesis anj.. bela lah sayaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Mazhab kita paling rigid. So i husnuzon dia mungkin follow mazhab lain senyap2 yg lebih lenient bkenaan anjing. Supposed dia xperlu justified kn pn. Lama2 org lupa laa..kuboq masing2 kannn |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing ini bagus sangat kalau buat peneman dlm rumah. Tapi tulah kita tak boleh bela LOL . Nak bela pun very sensitive kat sini. Tapi dekat Turkey, dorang selamba je bela anjing walau islam. Like dorang punya budaya lain sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
By the way dia ini cantik la! Also, netizen bising, alicia amin itu pun bela anjing juga. Ramai je Melayu bela anjing. Sabrena khalid the socialite pun bela. Anak sofea jane pun bela anjing. So no problem |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 9-2-2022 02:44 PM
Mazhab kita paling rigid. So i husnuzon dia mungkin follow mazhab lain senyap2 yg lebih lenient bken ...
Kan. Mazhab kita agak kuno sikit. Taktau kita ikot macam budaya mana. Agak2 Qatar kot. Qatar kawan iols ckp serupa mcm Malaysia mentality dorang. Iols suka turkey punya style. Dorang ada freedom sikit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|