View: 1579|Reply: 8
|
Anak Diana Danielle Dah Ambil Vaksin, Teruja Ingat Tak Payah Pakai Mask
[Copy link]
|
|
Ramai ibu bapa yang menyambut baik kewujudan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) untuk anak yang berusia lima hingga 11 tahun kerana bimbang kanak-kanak terdedah dengan virus COVID-19 dan pelakon Diana Danielle ialah salah seorang ibu bapa yang bertanggungjawab itu.
Baru-baru ini menerusi posting terbaru di akaun Instagram Diana Danielle, dia mendedahkan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora sudah menerima suntikan vaksin pada hari Sabtu lalu.
Menurut Diana, dia sangat bersyukur kerana anaknya berada dalam keadaan sihat selepas disuntik tanpa sebarang kesan sampingan yang serius. Anaknya juga sangat teruja untuk divaksinasi kerana mereka menganggap tidak perlu memakai pelitup muka lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Farid Kamil ini juga memberitahu walaupun anaknya masing-masing rela hati divaksinasi namun tetap ada kekecohan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Diana mengatakan ada drama besar terjadi di PPV. Rupa-rupanya, anak sulungnya iaitu Muhammad menjadi takut sewaktu hendak disuntIk vaksin dan tiga pegawai perubatan terpaksa memegangnya. Kata Diana, kaca pun boleh pecah dek kerana jeritan anaknya.
Untuk makluman semua, Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Timoh tak boleh celen la....macam mat salleh the girl kheunz? Yelah ikut maknya...
Kalau timoh?
Darnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
lisa surihani pun dah bawak anak dia pi vaccine.
Me too Alhamdulillah both anak2x baik2x je..
|
|
|
|
|
|
|
|
duk letih pikir nk bagi ke tak bagi anak2 vaksin. Ni tgk ramai dh vaksin mcm lega skit nk bagi kebenaran pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dah daftar vacc untuk anak aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 iols pun dah pilih date 20.2 ni.
Moga Allah jaga anak2 kita dengan usaha dan tawakkal kita ni.. aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
dna mak kuat betul. elok2 muka anak2 sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by addamnor at 11-2-2022 09:32 PM
innocent_me replied at 9-2-2022 01:12 PM
duk letih pikir nk bagi ke tak bagi anak2 vaksin. Ni tgk ramai dh vaksin mcm lega skit nk bagi keben ...
Part mana yang kamu runsing vaccine pfizer COVID 19 is harmful for the children? The only daring reported side effect is myocarditis, itu pun very less than 0.5%, and all authors in the journals clarify no death related to myocarditis till present. The illness is mild, child were only under observation.
But we are seeing more and more our children are getting infected and ended up with respiratory support, including being intubated.
On one end, covid is getting mutated and start invading young kids causing serious respiratory compromise, on another end, pfizer vaccine jab with myacarditis ( non fatal) with the risk of <0.5%. Which battlefield would you play more?
Other side effects is acute allergy, this one kalau genetically determinant to develop, kena pangkah dek tebuan pun boleh ke ICU, tak boleh buat apa..
Takat gatal2, pening2 kepala temporary vs merepot kena COVID, tak perlu kepada penjelasan details, you know which one to choose
|
|
|
|
|
|
|
|
addamnor replied at 11-2-2022 09:28 PM
Part mana yang kamu runsing vaccine pfizer COVID 19 is harmful for the children? The only daring r ...
Thank you Doc |
|
|
|
|
|
|
| |
|