View: 1245|Reply: 8
|
Gelar Anak Monyet - "Netizen Kata Kejam, Saya Rasa Gelaran Itu Comel"
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini menerusi satu kisah viral di portal DailyStar, seorang ibu dikatakan tidak sangka dan terkejut apabila melahirkan seorang bayi perempuan yang mempunyai bulu halus tetapi lebat di seluruh lengan dan belakangnya.
Oleh disebabkan itu, wanita yang dikenali sebagai Britney Budhi telah memberi anak perempuannya nama timangan 'monyet'.
Wanita itu menyambut kelahiran anak perempuannya pada bulan September tahun lalu iaitu tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
Katanya, dia tahu ada bayi yang dilahirkan dengan bulu pada badan tetapi tidak menjangka hal ini berlaku kepadanya. Apabila anaknya yang diberikan nama Teyana lahir, dia kelihatan seperti monyet kecil.
Pada sesetengah orang mungkin nama timangan 'monyet' itu sebagai satu komen yang kejam terhadap anak sendiri, tapi pada Britney, dia merasakan gelaran itu sangat comel.
Sumber: Google Image
Untuk makluman semua, situasi dimana bayi dilahirkan dengan bulu-bulu halus ialah normal.
Ia dikenali sebagai 'Lanugo'. Ibu bapa tidak perlu risau berkenaan hal ini kerana bulu-bulu itu akan beransur hilang selepas beberapa bulan kelahiran bayi. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mmm
bapak die
gigih tayang tatu mcm nk tayang kopex je pon
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Macam normal je. Pernah anak kenalan bulu tebal gak kat belakang mcm tu bila lahir tp dah besar takde plak dah bulu2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik sungguh parent yang suka panggil anak dengan maksud yang tidak elok/ samakan dengan binatang
lepas tu claim comel
seperti mana parent yang ketawa bila tgk anak kurang hajar dengan orang tua |
|
|
|
|
|
|
|
tengok laki macam set2 paki arab bangsa bulu tebal macam yeti jah
logikla anak gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Cam anak my friend, bapak dia lebenese ni, bulu roma umang aii tebal.. Merata kat belakang panjang lebat...
Tapi tetap comel sebab mix korean lebenese. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya gelar la diri tu ibu monyet.lagila comel belaka |
|
|
|
|
|
|
|
Kut suka dia lah anak dia.. kalau dia panggil anak korang monyet korang terajang je dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|