CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2413|Reply: 3

Kelainan bercuti dalam dusun buah

[Copy link]
Post time 8-2-2022 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Kelainan bercuti dalam dusun buah




Tarikan Bilut Hills terletak pada lokasinya yang pada asalnya merupakan sebuah kebun durian seluas 65 ekar


Bilut Hills mula dibuka kepada pengunjung pada 2017, khususnya buat mereka yang sukakan suasana alam


Pihak homestay tidak menyediakan kemudahan seperti akses internet dan televisyen supaya pengunjung benar-benar menikmati percutian di Bilut Hills

Jelas Siti, ketika musim durian, pengunjung bukan hanya dapat menikmati dan menghirup aroma raja buah itu ketika bercuti, malah mereka turut berpeluang membaja dan memetik sendiri buah durian untuk dinikmati bersama keluarga.

Ia semestinya merupakan satu pengalaman yang berbeza, umpama bercuti di dalam kebun durian sendiri.

Jelas Siti, bagi memastikan pengunjung benar-benar menikmati percutian di situ, pihak homestay juga tidak menyediakan kemudahan seperti akses internet dan televisyen.

“Pihak kami sengaja tidak menyediakan kemudahan seperti liputan Wi-Fi dan juga televisyen supaya pengunjung boleh betul-betul menghabiskan masa dengan berbual, makan buah-buahan dan melakukan aktiviti bersama yang tersayang.

“Rata-rata pengunjung menghargainya kerana ini merupakan peluang terbaik buat mereka untuk benar-benar berehat dan bersatu dengan alam,” katanya.

Ketika bukan musim buah-buahan pula, Bilut Hills masih menjanjikan pengalaman percutian menarik melalui aktiviti sukan ekstrem seperti menunggang kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), mendaki bukit pada waktu pagi sambil melihat matahari terbit dan juga aktiviti flying fox.

Bagi mereka yang kurang menggemari sukan lasak pula, mereka boleh mengunjungi ladang arnab dan menghabiskan masa dengan memberi makanan kepada haiwan comel itu.

Bilut Hills menempatkan 32 buah bilik dengan konsep yang berbeza.

Antaranya termasuk Brick Bungalow, chalet gelas, Colonial House, vila kayu, kotej berkonsepkan dekorasi Inggeris, rumah kampung dan yang terbaharu adalah khemah mewah Mongolia.

“Kesemua bilik adalah daripada konsep yang berbeza-beza bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

“Bagi tarikan terbaharu kami iaitu Mongolian tent yang bakal dilancarkan tidak lama lagi pula, ia merupakan tiga unit khemah putih mewah ala ‘glamping’ beserta sebuah khemah jenis suite yang mampu memuatkan seramai lima orang pengunjung dalam satu-satu masa,” katanya.

Tambah Siti, bilik paling disukai pengunjung Bilut Hills adalah bilik jenis chalet gelas kerana pengunjung boleh melihat pemandangan gunung pada sudut 360 darjah.

Harga bilik di Bilut Hills bermula daripada RM350 mengikut jenis dan tempahan boleh dibuat dengan melayari laman web www.biluthills.com.

sumber artikel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 03:40 PM | Show all posts
rumah ai skrg ni pun di kelilingi pokok durian, rambutan, pulasan, dokong ..
nak lebih tenang, naik ke atas bukit durian yg ada anak sungai mengalir - yg ni ada org jaga tapi penat berperang dgn nyamuk dan agas la ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 10:52 PM | Show all posts
airisa replied at 22-2-2022 03:40 PM
rumah ai skrg ni pun di kelilingi pokok durian, rambutan, pulasan, dokong ..
nak lebih tenang, naik ...

rumah you kat mana?
i nak datangggg

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang berminat utk cuti dalam dusun. Agaknya sebab di belakang  rumah di kampong pun ada pokok buah buahan. Rumah tu pun dah tiada penghuni sejak parents meninggal. Kalau nak rasa kehidupan di dusun boleh je balik kampong sendiri.  Selain daripada itu, kami ada juga kebun dan dusun kecil kecilan sendiri, utk menikmati suasana dusun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.226030 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list