CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Sarawak] Dadah: Remaja 18 tahun ditahan di Mukah

[Copy link]
Post time 8-2-2022 02:07 PM | Show all posts |Read mode


MUKAH: Seorang remaja lelaki yang baru berusia 18 tahun ditahan pihak polis di rumahnya di Kampung Penakub Hilir Mukah pada pagi Isnin kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Manakala berdasarkan ujian saringan awal air kencing, suspek turut didapati positif dadah jenis Amphetamine.

Suspek difahamkan telah mendapatkan bekalan dadah dengan cara serahan tangan di sekitar kawasan pasar Mukah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias suspek yang merupakan seorang penganggur itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah di hadapan rumahnya di Kampung Penakub Hilir.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek kita merampas satu kotak rokok berwarna putih bertulisan L.A mengandungi satu keratan straw kecil  lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan kasar 0.14 gram (nilai anggaran RM50) di dalam genggaman tangan kanan suspek.

“Kesemua barang tersebut dirampas untuk dijadikan barang kes dan suspek dibawa ke pejabat BSJND IPD Mukah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan dipercayai terlibat dengan penagihan dadah sejak awal  tahun 2021 hingga sekarang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama iaitu boleh dipenjarakan selama tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih dari RM 100,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 suspek boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi RM 5000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.


sarawakvoice.com/2022/02/08

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048875 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list