CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3771|Reply: 36

Dikritik Tak Layak Duduk Di Kerusi Juri, Netizen Desak Vida Ditukar

[Copy link]
Post time 8-2-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Sedar sering menimbulkan kontroversi memualkan, usahawan selebriti Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung segala tindakan peliknya dan kesilapannya sebelum ini.


Mahu membuka buku baharu, Vida, 50, yang dijemput menduduk kerusi Presiden Netizen dalam program Big Stage musim keempat (BS4) malam tadi, dengan rasa rendah diri meluahkan permohonan maaf yang dipancarkan secara langsung menerusi Astro Ria.




Foto: IG




“Saya mahu membuka buku baharu dengan perjalanan baharu dalam program Big Stage. Saya ingin memohon maaf dan memerlukan kemaafan daripada semua.


“Dengan rasa rendah diri, andai ada perkara yang saya lakukan telah mengguris hati rakyat Malaysia, terkasar bahasa, tersilap kata, tolong maafkan saya,” ujarnya.


Pelantun lagu I Am Me itu membuat permohonan maaf tersebut menerusi sebuah rakaman video yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).




  



Ibu kepada Cik B dan Kacak itu berharap permohonan maafnya dapat diterima umum dan keadaan kembali pulih seperti biasa.


“Harap kehadiran saya dalam Big Stage boleh memberi inspirasi kepada para peserta dan penonton.


“Terimalah saya seadanya. Apa yang buruk, datang daripada kekhilafan saya, manakala yang baik dari Allah SWT,” katanya.




  



Menjengah ruangan komen dalam Instagram rasmi @bigstageofficial, rata-rata netizen tetap tidak berpuas hati apabila Vida dijemput menduduk kerusi Presiden Netizen mewakili suara orang ramai.


Malah, ramai tidak mahu usahawan itu kekal duduk di kerusi Presiden Netizen pada minggu yang akan datang dan diganti dengan individu lebih layak.


“Datuk Seri Vida layak ke duduk kerusi juri?” komen seorang pengguna Instagram.


“Tidak ada orang lain lagi ke Presiden Netizen? Tolong tukar orang lain minggu depan,” kata seorang netizen.


“Apa relevannya Vida dengan rancangan ini (BS4)?” tegur seorang lagi netizen.


  



Kemunculan ‘istimewa’ dalam program hiburan tersebut sebenarnya mengejutkan ramai. Lebih menambahkan elemen drama, bekas kekasihnya iaitu usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli yang dikhabarkan telah berhijrah ke Indonesia sejak November tahun lalu tiba-tiba muncul sebagai peserta tambahan ke-12 dalam BS4.


Terdahulu, Vida beberapa kali mencetuskan kontroversi bermula daripada kisah ‘tidak jadi kahwin’ dengan Iqbal sehingga membawa pertikaian antara mereka berdua.


Bahkan, baru-baru ini, vida sekali lagi mengundang kemarahan ramai apabila dikatakan mendakwa penyanyi Anuar Zain sebagai seorang gay (homoseksual).


Bagaimanapun, Vida menafikan ada menyebut perkataan ‘gay’ merujuk kepada kecenderungan seksualiti penyanyi berusia 52 tahun itu, sebaliknya hanya menyebut perkataan ‘okay’. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 10:40 AM | Show all posts
kalau tk nmpk muka die ni sehari kt sosmed tak sah...muak betul. sama dgn tokey air madu tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam tgk YT dia siap gigih Suh Mami cek degupan jantung dia..apekebende siaaaa tgh live satu mesia nk tahu cik pek ko bergetar tgk ex staff ko ke????

Suara mcm mambang tercekik biji mangga siap pakej rambut Ramos 80an Pon ko nk kata sedap???
Ishhhh
Dislike dislike dislike
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Program sampahhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
astrok mmg bodoh...bagi jela instafemes memana yang betul2 ada kuasa netizen.. sepitsiput ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 8-2-2022 12:40 PM
kalau tk nmpk muka die ni sehari kt sosmed tak sah...muak betul. sama dgn tokey air madu tu

Ape nk Heran

Dua2 pun SSKJP

Sebab tu peel supo tahikk


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2022 11:01 AM | Show all posts
Normabaru replied at 8-2-2022 10:45 AM
Ape nk Heran

Dua2 pun SSKJP

kesian betul dgn peserta2 lain....bodoh yg amat media duk bagi attention kt dua mangkuk tu. org lain masuk nk cuba nasib. hope dibuang segera dua mangkuk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 8-2-2022 01:01 PM
kesian betul dgn peserta2 lain....bodoh yg amat media duk bagi attention kt dua mangkuk tu. org la ...

Yang kaka kelakar.gigih ya kebal nk play inesen
Ckp dia dipujuk byk kali utk join..so blk Dr indon smata2 ko nk penuhi kehendak asteruk


Kata jutawan self made millionaire

Bisnes laku amat

Projek byk juta2

Takkan keputusan Gini pon ko xde stand

Benakkkk tu simpan sikit

Ckp jela bisnes tahik kucing..

Ko tu kuli macai takat cuci duit ja pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Desperate sangat asterok ni. Harapkan celebriti dgn isu sampah je utk naikkan view
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 11:44 AM | Show all posts
princessmiang replied at 8-2-2022 09:44 AM
astrok mmg bodoh...bagi jela instafemes memana yang betul2 ada kuasa netizen.. sepitsiput ke

mintak asteruk consider virtual jury utk presien netizen, anonymous gitu

@dudaberhias @sepitsiput @kiah_mai_pulak

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 8-2-2022 11:44 AM
mintak asteruk consider virtual jury utk presien netizen, anonymous gitu

@dudaberhias @sepitsiput ...

kalau acik2/ponen2 porom jadi juri virtual juri pedas pun boleh surrender.. silap2 terus minggu final sebab semua tarik diri tak tahan dilahar
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang tiap kali competition nyanyi2 kena pakai baju lain dari yg lain eh???? Tak boleh pakai casual wear / street casual wear yg high end eh???
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pls lah dibenci netizen tup2 jadi presiden netizen. Takda org lain ke. Teruk tol astro jual kontroversi. Program tu dah ada attraction pun tak payah badut2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 8-2-2022 12:05 PM

Pengacara si Alif tu yg selama ni bawak imej urban tp tiba rancangan ni dah jatuh level lebih rendah dprd GV.
Peserta imej rempit jerung merah tu pun ada rengsa aku dengar bila dia sebut jerung merah ni bohh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 12:03 PM | Show all posts
stress tgk drama dia dgn iqbal tu.
baru nak layan bbnu trs rs asterok ni demi rating sanggup buat content budus camni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 8-2-2022 11:44 AM
mintak asteruk consider virtual jury utk presien netizen, anonymous gitu

@dudaberhias @sepitsiput ...

Kalau bagi iols jadi juri sudah tentu Tuah tu yang juara walaupun nyanyian ala2 smule jah

Tapi yang pasti yang herlok saja menang k si kebal muka kucing tu bolehhhh balik hendon jadi nyi roro kidul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 12:06 PM | Show all posts
astro mmg vodo..pentingkan rating je..ce tgk si tuah tu 3x try audition big stage..taun ni baru leh masuk. si qebal tu..siap dpt jmputan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 12:37 PM | Show all posts
bidah ni xlayak lgsg jd netizen sbb sokmo dikecam netizen
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 12:41 PM | Show all posts
berapa byk pempuan ni bayar astro utk dapatkan kerusi juri tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 8-2-2022 11:58 AM
Pls lah dibenci netizen tup2 jadi presiden netizen. Takda org lain ke. Teruk tol astro jual kontrove ...

Dia mmg tiap minggu ke atau tukar2 sbb sebut tok ti ngn ajai je juri tetap kan?
Org lain kira jemputan la kan.
Tak paham format BS ni sbb byk sgt juri.
Rindu sinaran kegemilangan walaupun juri propesyenel membisu tanpa kata hahah
Pastu ada juri awam boleh tekan markah juga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.569861 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list