Sumber Getaran
Populariti adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf sebagai personaliti media sosial sehingga kini terus meningkat naik hingga menjadi buruan ramai usahawan dan syarikat.
Pihak berkenaan ingin menggunakan khidmat Haziq bagi mengulas serta mempromosikan produk jualan mereka.
Memetik laporan Astro Gempak, ibu Haziq, Nur Shakilla Zainol mendedahkan anaknya yang berusia 12 tahun adakalanya tertekan kerana menerima banyak panggilan daripada peniaga.
Sumber Getaran
Enggan membiarkan anaknya terbeban dengan keadaan itu, dalam minggu ini saja sudah 20 tawaran ulasan produk terpaksa ditolak.
"Hari Rabu dan Khamis dia bersekolah. Kami tidak mahu dia lakukan aktiviti lain bimbang dia letih. Kami mahu dia mendapat rehat yang secukupnya.
"Oleh itu, ada tawaran dan jemputan yang kami tolak. Haziq sebenarnya okey kalau buat benda yang dia suka. Kalau tak minat, kita tak paksa," katanya.
Sumber Utusan Online
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau, Subberi Salleh berharap agar pihak waris dapat menyusun jadual waktu untuk akviti di luar sekolah serta sesi pembelajarannya.
Dia turut meluahkan kebimbangan akan ada pihak yang mengambil kesempatan atas populariti diraih Haziq.
Kata Subberi lagi, Haziq bakal menduduki peperiksaan penggal tidak lama lagi sebelum bercuti dalam tempoh dua minggu lagi. -CARI
|