CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
Post time 7-6-2022 05:41 PM | Show all posts
Tashu replied at 7-6-2022 10:10 AM
RENDANG KERANG

Resepi rendang kerang:-

Tengah ngap ni...masak weekend
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 05:42 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:48 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 8-6-2022 09:50 AM

]

Sup Kepala Ikan Mayongshazrina@nur_shazrina





Ramuan



  • 1/2 kg kepala mayong
  • 1/2 biji bawang besar(hiris)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Lada hitam
  • Sup bunjut ikan(adabi)
  • 2 helai daun limau
  • Garam, gula
  • Perahan limau nipis
  • Daun sup(hiris)
  • Air secukupnya




Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:13 PM | Show all posts
Sambal Taun Kerang




Resipi Sambal Taun

3 kg kerang (timbangan bersama kulit)
Segenggam cili padi - buang tangkai saja
10 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3-4 inci lengkuas - hiris (saya suka kalau lengkuas banyak)
1/2 inci belacan - hancurkan
Santan pekat - saya beli yg market dgn harga RM2 tu
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Gula (dalam 1/2 sudu kecil untuk meneutralkan rasa) - opt
Minyak untuk menumis

Cara2:

1)  Rebus kerang dan ambil isinya
2)  Tumis bawang merah, bawang putih dan lengkuas hingga layu.  Taburkan pula belacan dan kacau.
3)  Masukkan isi kerang dan cili padi.  Kacau2 sikit hingga kerang nampak sedikit mengecut
4)  Tuang santan dan air secukupnya (sampai tenggelam kerang tu).
5)  Masukkan juga asam keping dan garam serta gula.  Biarkan mendidih lama sedikit, sambil sesekali mengacau supaya tak pecah minyak

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:18 PM | Show all posts
Sambal Goreng Pengantin






SAMBAL GORENG PENGANTIN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
300 gm daging *
300 gm paru*
300 gm hati * - semua * direbus hingga empuk
300 gm udang
2 cawan air rebusan daging
3 cawan santan pekat
1 in belacan
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan bawang goreng
Garam dan gula secukupnya
4 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
3 biji cili merah*
3 biji cili hijau*
10 biji ciliapi*
3 batang serai* - semua bahan*dihiris halus

Cara-cara :
Daging, hati dan paru direbus empuk kemudian dipotong dadu kemudian digoreng sekejap.
Tumis semua bahan yang dihirs hingga layu.
Masukkan cili kisar, belacan dan air asam jawa.
Masukkan daging, paru dan hati kacau hingga sebati.
Masukkan santan pekat, garam dan gula secukupnya.
Masukkan udang dan kacau hingga sedikit pekat.
Akhir sekali masukkan bawang goreng. Kacau rata.
Sedia dihidang.

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:20 PM | Show all posts
Tempoyak ikan bilis & petai





Bahan-bahan:
*2 ulas bawang putih
*5 ulas bawang merah
*Segenggam cili padi
Ikan bilis
3 sudu makan tempoyak (nak letak sekilo pun boleh.Ikut selera masing-masing
Daun kunyit – hiris(urat tengah daun anyg keras tu dibuang)
Petai
Air
Gula, garam & serbuk perasa



Cara membuat:
1. Tumbuk guna lesung batu semua bahan tanda *.kalau korg malas sila la pakai blender.:
2.Tumis bahan tumbuk/blend sampai garing.
3.Masukkan ikan bilis.. Dah sebati baru masukkan tempoyak dan 1 cawan air.
4.Kacau sampai agak-agak masak & pekat.
5.Masukkan gula,garam & serbuk perasa.6.
6.Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit..nak basah-basah sikit tambah la air sikit. Kacau 3-4 kali terus tutup api.
7.Jangan lama-lama ko mengacau sampai sejam pulak ye,Petai kalau masak sangat rasa dah tak sedap.
8.SIAP!! Boleh melahap dah dengan nasi panas-panas, ikan pekasam @ ikan gelama masin, kompem gajah lalu pon korg x perasan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2022 09:23 PM | Show all posts
CUCUR JAWA GULA MERAH


Bahan-bahan
2 cawan air suam
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras



Cara membuat
1. Satukan air, gula pasir, gula merah dan garam. Kacau sebati dan tapis (bancuhan air gula). Biarkan sejuk dahulu.
2. Campur tepung gandum dan tepung beras ke dalam air gula tadi. Kemudian kisar.
3. Perap selama 3 jam atau semalaman. Letak dalam peti sejuk bahagian biasa.
4. Keluarkan 1/2 jam dari peti ais sebelum menggoreng.
5. Masukkan 2 senduk minyak masak dalam kuali. Biarkan panas.
6. Tuang adunan di tengah-tengah kuali. Biarkan dia masak dari tepi ke tengah sebelum diterbalikkan.
7. Biarkan sekejap dan angkat, toskan minyak atas redai.
8. Susun di atas tisu serap minyak.


Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:36 PM | Show all posts
Kuih Cara Berlauk


Bahan-Bahan:
  • Bahan-bahan untuk inti:
    • 300g daging atau ayam kisar
    • 2 sudu besar serbuk kari
    • 1 biji bawang besar
    • 2 ulas bawang putih
    • Sedikit lada putih atau lada sulah
    • Bahan-bahan hiasan atas:
    • 2 biji cili merah, hiris halus
    • Bawang goreng
    • daun bawang
    • daun sup
  • Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 4 cawan santan cair
    • ½ sudu kecil garam
    • ¼ sudu kecil pewarna kuning


Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk inti:
    • Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
    • Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
    • Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
    • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Cara-cara untuk adunan kuih cara:
    • Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Che Nom bancuh di dalam blender saja.
    • Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
    • Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
    • Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2022 12:14 PM | Show all posts
seribulan replied at 7-6-2022 05:41 PM
Tengah ngap ni...masak weekend

saje tepek sb tahu tu fevret cikseri
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 04:59 PM | Show all posts
Kek Marble Jelita

Bahan-Bahan Kek Marble Jelita:

  • 150 Gram Mentega
  • 180 Gram Gula Kastor
  • 5 Biji Telur
  • 50 ml Susu Segar
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 2 Sudu Besar Ovalette
  • 220 Gram Tepung Naik Sendiri
  • Pewarna Makanan Gel


Cara-Cara Untuk Membuat Kek Marble Jelita:

  • Cairkan mentega menggunakan api yang kecil supaya tidak mudah hangit. Ketepikan dahulu.
  • Dalam mangkuk besar masukkan gula kastor, telur, susu segar, esen vanila, ovallate dan tepung naik sendiri. Pukul semuanya menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi selama lebih kurang 10-15 minit sehingga betul-betul kembang, gebu dan ringan.
  • Adunan yang telah betul-betul kembang dan gebu akan bertukar menjadi warna putih atau pucat.
  • Kemudian, masukkan mentega yang telah dicairkan tadi. Kaup balik perlahan-lahan menggunakan spatula sehingga sebati sahaja. Jangan terlebih kacau kerana akan menyebabkan kek menjadi mampat selepas di bakar.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna makanan gel yang disukai.
  • Sediakan loyang bersaiz 7 x 7 inci yang telah dioleskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas pembakar.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli bagi setiap warna. Buat sehingga adunan habis.
  • Akhir sekali, lorekkan permukaan kek dengan menggunakan lidi mengikut kreativiti masing-masing. Boleh rujuk video.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150°C selama 45-50 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Cucuk dengan lidi untuk cek bahagian dalam masak atau tidak.
  • Kalau dekat lidi tu masih ada adunan yang cair masih melekat maksudnya kek masih belum masak lagi. Jangan risau jika kek masih belum masak, boleh tambahkan masa, namun kekalkan suhu yang rendah ketika membakar sehingga kek betul-betul masak. Siap!

Tips:

  • Mentega perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan kek dan gunakan ketika masih suam supaya dapat mengekalkan kelembapan kek.
  • Suhu untuk membakar kek ni tidak boleh terlalu tinggi supaya permukaan kek tidak mudah gelap atau hangit. Ini akan menyebabkan corak di atas kek tidak nampak dan tidak cantik selepas di bakar.





Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 05:03 PM | Show all posts


Resipi Kari Sardin Tin & Kentang


Bahan-bahan:
  • 1½ sardin tin(ambil ikannya sahaja)

  • 1 biji bawang besar dihiris

  • 3 ulas bawang putih dihiris

  • 2 batang cili hijau

  • 1 batang cili merah

  • Tomato(dibelah)

  • Daun Kari 2 tangkai

  • Santan fresh 200ml(tambahan)

  • Air putih 100ml

  • 1 biji kentang

  • Serbuk Kari 3 sudu besar(dijadikan paste)

  • Garam

  • Serbuk perasa(jika mahu)

  • Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak:
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan daun kari, masak sehingga naik bau dan keperangan.
  • Masukkan pes kari menggunakan api perlahan. Tumis sehingga pecah minyak supaya rempah masak dengan sempurna.
  • Masukkan kentang, masak sehingga sedikit lembut dan masukkan santan. Biarkan ia masak sebentar.
  • Akhir sekali, masukkan sardin, cili hidup dan tomato. Biarkan seketika dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika mahu.
  • Siap untuk dihidang.



Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 05:06 PM | Show all posts
Resepi Dalca Sayur


Resepi Dalca Sayur

Bahan-Bahan:

1 mangkuk tulang ayam
1 kotak santan – jadikan 3 cawan santan
1 cawan kacang dal – rebus hingga empuk
1 biji cili merah– potong 2
4 biji kentang – belah 4
1 biji karot- potong mancis
4 btg kacang panjang – potong 1 1/2 inci
1 biji terung bulat – belah 6
1 biji tomato – belah 4
3 sudu makan rempah kari daging
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
Sedikit garam

Bahan dihiris –

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak:

1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan bahan dihiris dan tumis hingga wangi.

2. Masukkan rempah kari daging, daun kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.


3. Masukkan tulang ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, kentang dan sedikit air. Masak hingga tulang ayam dan kentang empuk.

4. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 09:16 AM | Show all posts
Tashu replied at 9-6-2022 11:14 AM
saje tepek sb tahu tu fevret cikseri

hari ni sup stimbot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2022 03:33 PM | Show all posts
Air falooda

Bahan2 :
.
Sebenarnya sy buat xde sukatan pon, agak2 je..
Lg banyak bahan lg sedap..
.
Ni contoh sukatan dalam 1 cup mcm post sy dlm gambar tu :
.
1. 1 sudu kecil sirap
2. 2 sudu besar Agar2 sirap yg dipotong nipis
3. 2 sudu besar Cendol ( yg hijau tu )
4. 2 sudu besar biji Selasih
5. 2 scoop Ais krim vanila
6. Fresh milk ( isi sehingga hampir penuh )
7. 2 sudu besar susu cair * optional
8. Air gula ikut kemahuan masing2
* bleh jugak tambah ice cube kalau nak lg sejuk *
.
Cara2 :
.
1. Masukkan bahan 1 hingga 5
2. Masukkan freshmilk & susu cair diikuti & air gula
.
Nota :
Fresh milk boleh juga disejuk bekukan terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa lebih sejuk
.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2022 03:34 PM | Show all posts
Donut pandan (resepi tanpa telur)

Bahan A
----------------------------------------
4cawan tepung, *
Garam 1 sudu tea*
Baking powder 2 sudu tea*
1 sudu mkn majerin*
(gaul rata)

Bahan B
---------------------------------++---
1 cawan air suam + 2sudu makan gula + 2 sudu besar Susu pekat + paste pandan 1sudu besar kacau.. Last skali masuk yis 1pkt kacau.. Pastu tutup Biarkan kembang..
Dah kembang masukkan kat tepung td
Uli doh agak2 dah sebati.. Ambil 1 sudu majerin.. Uli lg dalam 5minit
Biarkan kembang dalam 1jam..pastikan doh td tutup.. yana tutup dgn kain lembab
Lps 1 jam uli kejap.. Pastu bulatkan Biarkan kembang dalam 10-15minit pastu boly goreng
Panas Minyak jgn guna api besar.. Biar panas dgn api sederhana kecil..
Goreng donut 2x pusing je.. Jgn byk kali nnti donut serap minyak
*resepi nie tanpa telur*

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2022 03:42 PM | Show all posts
Puding susu Nata De Coco

1 pek serbuk agar-agar (white)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (blh tambah atau kurangkan)
4 cwn air
2 sudu besar tepung kastad
Sedikit esen vanila
Sedikit garam
Nata de coco (sy guna perisa oren)

*Letakkan nata de coco ke dalam acuan
*masukkan semua bahan kedalam periuk. Kacau dlu hingga larut semua bahan.
*kemudian masakkan adunan puding td hingga pekat.
*masukkan adunan puding kedlm acuan yg dh letak nata de coco td.
*sejukkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2022 03:53 PM | Show all posts
Apple Pie

Resepi Mudah
Bahan2 Pastri:
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1/4 cawan butter (sejuk)
1 biji telur
1/3 cawan susu segar
*Masukkan tepung & baking powder bersama butter. gaul sampai menjadi serbuk roti yang berderai-derai. masukkan telur & susu & uli sampai menjadi doh.
.
Bahan inti:
2 biji apple
1/2 cawan gula (manis ikut suka)
1/2 sk serbuk kayu manis
2 sb tepung gandum ( dicampur 3sb air)
* Apple dibuang kulit & dipotong dadu. Masak apple dengan gula sehingga gula hancur. (api sederhana) & masukkan serbuk kayu manis, tepung gandum yg sudah dicampur air. Gaul sebati & masak sehingga apple lembut. Setelah masak biarkan sejuk.
.
*Bahagi 2 doh. 1 doh untuk lapisan bawah.. uli & canai pastri dalam bentuk bulat mengikut saiz bekas dan corakkan guna garfu di sisi lapisan.Masukkan inti tadi.. & canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai & Sapu kuning telur.
*Bakar suhu 160/15mins

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2022 04:00 PM | Show all posts
INDULGENCE SEBESEN

Bahan-bahan:
3 bijik telur
1cawan gule halus(200-220g)
1sudu besar ovalate
sedikit emolco coklat
mix sampai gebu
sementara tu ayak
1 cawan tepung gandum(110g)
1sudu kecil baking powder,
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam halus
1/2 cawan serbuk koko
Ok bahan yang di mix tadi dah kembang kan..so masukkan 1/2 cawan susu pekat (125g)taknak manis kurangkan sket,dan 1/2 cawan minyak masak(100g)
ok slowkan mixer dan masukkan tepung dan 1/2 cawan air panas (100g) beselang dan last  kacau sebati.
Kukus 30 minit.
So ade masa sementara tunggu kek sejuk
kite buat cream die duluan...
tapi boleh buat awal ganace die ni
250g coklat blok beryls dark compound nak plus milk dan dark pun boleh
250g kotak whipping dairy jenama tak kisah
2sudu besar butter
Masukkan dalam pengukus atau oven
dah lembut coklat ambik whisk kacau je rehat kan die sekurang-kurangnye sampai die jadi agak pekat sket bile biar di suhu bilik.
2nsb gelatin halal plus 1/4 cawan air panas untuk campuran cream die kat bawah.Satukan dan kacau biar larut. Ketepikan
Cream die
500g cream cheese
1/2 cawan susu pekat kalau tak suke manis kurangkan lagi susu pekat
dan campuran gelatin tadi.

Cara
mix sampai sebati baru masukkan 1/2 kotak whiping cream non dairy mak gune vivo sejuk2 suke ade ais2 sket cepat gebu..Mix sampai die fluffy gebu pekat..Cair sket takpe.
Dan separuh lagi masuk dalam ganace dan kacau sebati.
So bahagi dua satu bahagian letak 3sudu besar ganace coklat dan 3 sudu besar nutella serta emolco coklat untuk warne cream coklat dan kacaukan sebati.
Ok bawah bekas isi kek dulu kemudian tuang cream coklat,kemudian lapik kek lagi baru cream putih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2022 04:07 PM | Show all posts
ASAM PEDAS PARI
(Asam pedas Johor)

BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Pari
20 tangkai @cili kering direbus *
5 ulas bawang merah*
1 Biji Bawang Besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
Sedikit belacan*
1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terpulang nk byk mana)
1 batang bunga kantan ( belah 2 )
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Air secukuonya

Cara2nya
1. Kisar bahan Yang bertanda *
Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau,,biar betul2 pecah minyak ye..
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jgn cair ye biar pekat2 sikit, tp jgn pekat sngt, agak2 lah ye...
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan
sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari msk, last masukkan bendi, xpayah Lama sngt nanti bendi lembek. .dh agak2 lembut bendi blh tutup api. ..Dan sedia dihidangkan,,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2022 09:23 AM | Show all posts
PUDING TEMBIKAI

Bahan A
1 paket serbuk agar² (10gm)
4 cwn air
Bahan B (diblend)
3 keping roti putih gardenia
1 biji telur
1/4 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
2 sdb mentega/margerin
1 tin susu cair
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt perisa rose golden lion + 1/2 sdt bright red
1/2 sdt pewarna hijau tua + 1 sdt pewarna hijau apple star brand
*takut lupa warna apa opah guna,taip siap2 kt sini*

Bahan lain (biji² tembikai)
cincau
bijan hitam
selasih
coklat chip
coklat rice
terpulang nak masukkan ye

Cara-cara :
1.masak bahan A sehingga larut
2.perlahankan api
3.masukkan pula bahan blend dan kacau sebati
dengan menggunakan api perlahan masak sehingga adunan mendidih/naik wap
4.tutup api

*utk loyang 8x8*
1.ambil 1 cwn adunan puding diwarnakan hijau
2.tuang ke dalam loyang/sejukkan
3.cakar dgn garpu permukaan puding
4.ambik 3/4 cwn adunan puding iaitu warna asal tuang ke atas lapisan hijau sejukkan
5.cakar juga permukaan puding
6.adunan selebihnya diwarnakan merah masukkan cincau atau bijan hitam (terpulang)
7.tuang merah ke atas lapisan asal kemudian sejukkan
8.siap/sedia dihidangkan

*tuang warna merah, warna asal dan akhir sekali hijau*
ikut langkah2 yg sama
**disini ada kesilapan sedikit lapisan tgh tu sepatutnya nipis sedikit dari lapisan hijau,tapi dh silap tuang hijau tebal baru cantik*

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.082712 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list