|
|
Semakin ligat dalam dunia lakonan, penyanyi rap MK K-Clique memberitahu dia sentiasa terbuka menerima segala komen dan kritikan daripada netizen.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menyedari dirinya masih baharu dalam lakonan dan perlu banyak belajar daripada pengalaman dan orang sekeliling.
Biarpun dikritik lakonan masih 'kayu', penyanyi berusia 25 tahun ini mengambil ia sebagai pembakar semangat.
 Foto: IG
"Bagi saya komen dan kritikan netizen itu satu motivasi untuk saya buat yang lebih baik... Insya-Allah, Saya kena sedar yang diri masih baru.
"Saya perlu banyak belajar tentang dunia lakonan. Jadi, apa saja komen itu sebagai pembakar semangat untuk terus buat yang terbaik.
"Bila saya dapat tawaran berlakon, saya ada juga buat research. Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu juga," ujarnya kepada mStar.
Untuk rekod, MK pernah membintangi drama siri The Hotel bersama Mira Filzah manakala Oh My Hantaran dengan Elisya Sandra.
MK juga bakal menjalani penggambaran filem baharu berjudul Rompak bersama Zizan Razak, Daiyan Trisya dan Chubb E pada Februari.
Dalam perkembangan lain, MK yang baharu saja muncul dengan filem pertamanya berjudul Marabahaya mengakui kesilapannya terlewat mempromosikan karya itu.
Meletakkan kesalahan itu pada dirinya, MK berkata dia akan lebih peka dalam soal susunan jadual di masa akan datang.
"Sebenarnya bukan isu yang besar pun. Filem itu menjalani penggambaran tiga tahun lalu. Bukan saya tak nak promosi, tapi hanya terlambat saja.
"Saya tak sempat nak ikut jadual yang sudah ditetapkan. Mungkin silap saya sendiri tapi saya masih promosikan filem itu biarpun lambat.
"Selepas ini, saya akan lebih peka dalam soal susunan jadual," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|