CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 1

[Tempatan] ‘Amoi’ didenda RM10,000 guna halal tidak diperakui

[Copy link]
Post time 3-2-2022 08:56 PM | Show all posts |Read mode

Mei Ting ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen, Melaka hari ini.

‘Amoi’ didenda RM10,000 guna halal tidak diperakui

MELAKA – Pemilik kafe Tipsier Bridge Cafe Waronk yang terletak di kawasan tumpuan pelancong di negeri ini didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menggunakan perkataan halal tanpa perakuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hakim, Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Joanne To Mei Ting, 30, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati sebagai pemilik tunggal Tipsier Bridge Cafe Waronk memperakui bahawa makanan di kafe itu adalah halal dengan ungkapan perkataan tersebut pada lapan buku menu tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang di premis perniagaan Tipsier Bridge Cafe Waronk di Kampung Pantai di sini, 5 Mac tahun lalu.

Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut perintah 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan kini menanggung anak dan ibu yang sakit.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM10,000.-K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jibai liao, kangkang hao lerk, kangkang hao lerk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 21768 Replies : 401
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6868 Replies : 12
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93136 Replies : 1237
Harga minuman tanpa gula turun 10 sen
AbahmungHarga minuman tanpa gula turun 10 sen
Views : 17139 Replies : 23
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 86147 Replies : 3872
kempen bmf gagal. hahahahhah zakat pun pakai barang non muslim. hajjajajajja
Knightskempen bmf gagal. hahahahhah zakat pun p
Views : 11613 Replies : 115
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 114497 Replies : 2983
CUACA PANAS
keypochinoCUACA PANAS
Views : 3131 Replies : 0
Pegawai Jabatan Agama Perlis  ditahan terima rasuah  RM1.2juta kes daftar nikah
AbahmungPegawai Jabatan Agama Perlis ditahan te
Views : 4231 Replies : 13
Mainan budak-budak 70an - 80an -
dexaMainan budak-budak 70an - 80an -
Views : 1817 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055059 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list