CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2995|Reply: 31

Tragedi Cuti Raya Cina- Bawa Virus Balik Kampung, Tidak Lapor Kena Covid-19 Sampai Meninggal

[Copy link]
Post time 3-2-2022 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan – Kegembiraan sebuah keluarga pulang ke kampung melawat ibu bapa sempena cuti Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila mereka membawa jangkitan virus Covid-19 sehingga mengorbankan warga emas berkenaan.


Malah tindakan keluarga berkenaan tidak melaporkan jangkitan positif dengan hanya mengasingkan arwah di bilik berasingan di rumah memberikan kesan buruk sehingga menyebabkan arwah meninggal dunia dan dikategorikan sebagai kes meninggal dunia di luar hospital (BID).


Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kisah bermula apabila ahli keluarga balik dari Kuala Lumpur ke kampung di negeri ini bagi melawat ibu bapa yang tidak berapa sihat dan mempunyai masalah penglihatan.


Katanya, selepas dua hari berada di kampung ahli keluarga berkenaan pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum disahkan positif Covid-19 menyebabkan semua ahli keluarga di kampung melakukan ujian saliva yang mana hanya arwah didapati positif Covid-19.




Gambar Hiasan




“Namun pihak keluarga tidak melaporkan hal ini kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sebaliknya arwah diasingkan di bilik berasingan dalam rumah yang sama, sama ada keluarga khuatir arwah seorang diri dibawa ke pusat kuarantin atau mereka bimbang keluarga akan dipakaikan gelang dan dikuarantin.


“Sehari kemudian pesakit didapati tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia dan ujian RTK-Ag disahkan positif,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Nor Azimi tindakan keluarga yang tidak melaporkan kepada PKD boleh mengundang komplikasi kepada pesakit apatah lagi melibatkan warga emas.


Katanya, meskipun keluarga mengambil inisiatif membuat ujian saliva secara harian ke atas semua ahli keluarga tetapi mereka mungkin tidak mahir untuk memantau kesihatan arwah.


“Jika kes positif tidak dilaporkan bermaksud arwah tadi di luar pengetahuan PKD dan pemantauan terhadap kes tidak akan dibuat. Banyak contoh pesakit nampak sihat tetapi sebenarnya telah berlaku komplikasi Covid-19,”katanya.


Dalam pada itu beliau berkata, kes tersebut harus dijadikan iktibar yang mana setiap individu perlu memastikan bebas Covid-19 jika ingin melawat ibu bapa atau keluarga di kampung.


Katanya, semua ujian saliva yang positif mesti dilaporkan supaya PKD boleh membuat pemantauan kes dan pesakit Covid-19 yang berusia sepatutnya dimasukkan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) agar pemantauan rapi boleh dibuat.


“Dua dos vaksin tidak mencukupi, pengambilan dos penggalak perlu untuk mengurangkan risiko komplikasi dan kematian, arwah telah lengkap dua dos vaksin cuma belum lagi dos penggalak.


“Kematian akibat Covid-19 sangat menyayat hati yang mana urusan pengebumian tidak sama seperti kematian penyakit lain, bukan sahaja tidak dapat menguruskan jenazah tetapi melihat daripada jauh pun tidak boleh sebab sedang dikuarantin apatah lagi melihat orang tersayang buat kali terakhir,”ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 04:15 PM | Show all posts
Baik takyah balik kampung..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 04:27 PM | Show all posts
kesian warga emas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak skrg ni Raya cina bru semlm then bila diorg balik kl n sedar kena covid and terus kuarantin sendiri n bila plak meninggal.. Cara cerita ni mcm dh berminggu berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 04:36 PM | Show all posts
pengambilan dos penggalak perlu untuk mengurangkan risiko komplikasi dan kematian, arwah telah lengkap dua dos vaksin cuma belum lagi dos penggalak.


tu ja yg nk dsampaikan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
menipu betul wartawan kosmo ni.. kat post fb tak ada sebut pun cny

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=309206524574691&id=100064560379224
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
crystel replied at 3-2-2022 04:31 PM
Tak skrg ni Raya cina bru semlm then bila diorg balik kl n sedar kena covid and terus kuarantin send ...

Ramai dh blk kmpg dr khamis n jumaat lepas utk elak jem
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 3-2-2022 04:36 PM
tu ja yg nk dsampaikan

Ooohhh..sebab tak ambik buustee la kannn?? Kalau dah ambik..demam biasa2 jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kompius baca sbb mercun pun baru stop berdentum rini. Baru sgt kiranya raya cina ni. Kira kena2 tu arwah terus meninggal la kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak kuarantin kat umah kena ade mesin yg baca oksigen tu....mungkin org tua dia yang taknak ke hospital....mak saye pon macam tu siap pesan awal2 ape jadi dia nak duduk rumah je tak nak kuarantin kat lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tipu je cite ni
Sbb takde mention pun daerah mana
Stakat petik2 any stories,siapa2 pun bleh make up any stories.
Aku hanya percaya cite ni kalo PKD mention daerah mana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 3-2-2022 05:26 PM
Mcm tipu je cite ni
Sbb takde mention pun daerah mana
Stakat petik2 any stories,siapa2 pun bleh make ...

Ada rsnya kt negeri pahang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk cny baru semlm??? Takkan dh balik rmh terus cobid
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
crystel replied at 3-2-2022 04:31 PM
Tak skrg ni Raya cina bru semlm then bila diorg balik kl n sedar kena covid and terus kuarantin send ...

Haha aku pn terpikir benda yg sama
Sbnrnya kkm nk suh p cuk booster nyahh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasanah versi cina ke ni? Timeline berita ni macam tak berapa betul..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak sebut berapa haribulan balik dan dan berapa haribulan meninggal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih nak salahkan KKM ke tak kalau macam nie gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:10 PM | Show all posts
berita karangan sendiri ni, nama tak ada, umur tak ada, daerah kuantan yg luas, sesiapa pun boleh buat cerita. copy template dari mana la. ujian rtk ag tu byk false positif, apa-apa pun bleh positif, ramai dah orang post test air paip pun positif. habis tu jumlah kes harian pun meningkat tinggi, mencerminkan air paip yg positif.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn CNY bru abes smlm ke? jln cerite mcm dh berlaku lame sblm cuti lg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail: Hasanah versi cina ke ni? Time ...

Hasanah versi melayu di raya cina. Sbb guna perkataan arwah. Kalo tak mesti dia sebut mendiang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 8582 Replies : 65
Kisah bini lembab
YgBenarKisah bini lembab
Views : 6410 Replies : 49
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 75914 Replies : 3129
Pemilik kereta singapurapura ambil kesempatan isi minyak RON95?.Netizen gesa subsidi petrol ditarik balik secepat mungkin.Wajar atau tidak?
YgBenarPemilik kereta singapurapura ambil kesem
Views : 3940 Replies : 47
Peniaga nasi lemak pening,pelanggan order nasi 50 bungkus tetapi lambat beritahu nak asing asing bahan
YgBenarPeniaga nasi lemak pening,pelanggan orde
Views : 10378 Replies : 10
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 250373 Replies : 6319
Antara pegangan Blackrock Israel dlm negara kita.Rakyat Malaysia berbelah bagi
YgBenarAntara pegangan Blackrock Israel dlm neg
Views : 10749 Replies : 37
Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP
mojarean_XFahaman 'childfree' bertentangan
Views : 6811 Replies : 65
ZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS...
kruzamanZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS
Views : 1920 Replies : 0
Nedim nazri kat icu. Apa jadi?
KakashialNedim nazri kat icu. Apa jadi?
Views : 11781 Replies : 121

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.556455 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list