CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Sabah] Program Jana Niaga Prihatin bantu peniaga kembangkan perniagaan

[Copy link]
Post time 31-1-2022 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-1-2022 12:40 AM



SAMPAIKAN: Azizah menyampaikan sumbangan peralatan kepada salah seorang penerima sempena program itu.

KUALA PENYU: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun melancarkan program 'Jana Niaga Prihatin' sebagai pendekatan memperkasa golongan peniaga terutama usahawan bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, yang diadakan di Kampung Palu-Palu.

Program itu katanya, akan memberi manfaat kepada peniaga terutama yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menyampaikan sumbangan peralatan kelengkapan perniagaan termasuk wang tunai bagi yang diyakini dapat menyuntik semangat untuk bangkit semula.



NORHAYATI LARAI

Salah seorang penerima, Norhayati Larai, 45, yang menjalankan perniagaan kuih kering dan basah menyatakan kesyukurannya kerana terpilih untuk menerima sumbangan peralatan kelengkapan perniagaan menerusi program 'Jana Niaga Prihatin' cetusan Azizah.

Norhayati percaya, dengan adanya sumbangan itu, ianya dapat membantunya mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih baik yang pada masa sama dapat meningkatkan lagi hasil jualannya itu.

Seorang lagi penerima, Norfazarina Utim@Jaafar, 34, turut menzahirkan penghargaan kepada Azizah atas inisiatif itu, yang beliau yakin usaha berkenaan amat tepat dilaksanakan bagi membantu peniaga kecil sepertinya untuk pulih dan bangkit semula akibat pandemik COVID-19.

Katanya, mungkin agak sukar baginya untuk membeli peralatan kelengkapan perniagaan  lebih-lebih lagi semasa pandemik ini, namun dengan adanya sumbangan itu, ia dilihat dapat membantu mengembangkan perniagaannya bagi mengharungi cabaran semasa.

Norhayati dan Norfazarina merupakan sebahagian peniaga daripada 12 usahawan yang terpilih dalam program 'Jana Niaga Prihatin' bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.

Azizah yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata, program itu akan diperluaskan ke DUN Klias dengan sasaran dan matlamat yang sama bagi membantu peniaga terutama usahawan kecil-kecilan dalam kawasan Parlimen Beaufort.

Tambah Azizah, beliau meletakkan sasaran untuk membantu seramai mungkin usahawan kecil di kawasan Parlimen Beaufort bagi memastikan golongan itu bukan sahaja mampu mengembangkan perniagaan tetapi juga dapat meningkatkan pendapatan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan Malaysia amnya.

Sempena dengan majlis itu, Azizah turut menyumbangkan Foodbank kepada masjid-masjid dan gereja di Kuala Penyu selain penyerahan bantuan Dana Prihatin untuk fertigasi cili termasuk sumbangan Prihatin Pendidikan Ahli Parlimen.

Disamping itu juga, Azizah turut berkesempatan merasmikan bangunan 'Srikandi' iaitu sebuah Pusat Kegiatan Wanita di Kampung Palu-Palu.



utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.062581 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list