CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Sabah] Pamer kemampuan, hadapi saingan: Jamawi

[Copy link]
Post time 31-1-2022 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-1-2022 12:36 AM



PERJUMPAAN: Jamawi diiringi oleh jurulatih U19 serta para pegawai tiba untuk mengadakan pertemuan dengan para pemain U19 yang sedang giat menjalani latihan.

KOTA KINABALU: Pengurus Pasukan Bola Sepak Bawah 19 Tahun Sabah (U19) Jamawi Jaafar mahu pemain muda yang dipilih bagi membawa cabaran Sabah dalam saingan Piala U19 membuang perasaan gentar apabila berdepan dengan pemain yang memiliki reputasi lebih tinggi.

Beliau berkata, mereka perlu memanfaatkan peluang yang diberi dengan mempamerkan semangat juang tinggi dan membuktikan kemampuan masing-masing.

Katanya, keputusan menyenaraikan skuad muda bagi menghadapi saingan kali ini dibuat setelah beberapa penilaian dibuat oleh jurulatih dan pegawai-pegawai yang dilantik oleh SAFA berdasarkan bakat serta kemampuan mereka beraksi dalam pasukan U19.

"Jadi, saya fikir peluang yang ada ini jangan dipersia-siakan. Semangat yang tinggi serta disiplin yang baik semasa menjalani latihan perlu menjadi amalan setiap pemain yang terpilih bagi membawa cabaran Sabah dalam saingan musim ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan jurulatih dan para pemain U19 di sini baru-baru ini.

Menurut Jamawi lagi, beliau bersama pihak pengurusan pasukan U19 akan menjaga kebajikan mereka (pemain) dan memikirkan cara bagaimana untuk menentukan perjalanan kerjaya mereka agar terus naik.

“Saya yakin jika anda (pemain) memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak, dengan latihan, disiplin serta semangat yang tinggi peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini terbuka luas termasuklah diserapkan ke pasukan utama, “ katanya.

Mengulas pelantikan beliau sebagai pengurus pasukan U19 Jamawi berkata ianya merupakan tugas yang diamanahkan oleh presiden SAFA untuk dilaksanakan sebaik mungkin.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Presiden SAFA Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin atas kepercayaan tersebut, Jawami berharap dengan adanya sokongan dan kerjasama dari pegawai jurulatih dan pemain beliau yakin pasukan U19 akan mampu bersaing dengan pasukan lain dalam kejohanan musim ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048822 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list