CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Sabah] Robert ajak NGO tampil laksana program derma darah

[Copy link]
Post time 31-1-2022 08:33 AM | Show all posts |Read mode


TANDA SOKONGAN: Robert (tiga kanan) hadir memberikan sokongan kepada program derma darah yang diadakan itu.

KENINGAU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini disaran supaya melaksanakan program derma darah dengan kerap bagi menjamin bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan hospital di daerah itu.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, ianya amat penting bagi memastikan bekalan darah mencukupi bagi merawat pesakit serta golongan yang memerlukan termasuk mereka yang menjalani pembedahan besar serta kes-kes lain seperti kecemasan dan kemalangan.

Program derma darah katanya, amat penting dilaksanakan dengan kerap kerana diyakini dapat menggalakkan lebih ramai lagi masyarakat untuk tampil menderma lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan serta darah yang sempurna untuk menderma.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Derma Darah anjuran Wiramuda STAR Bingkor dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Daerah Keningau yang diadakan di Dewan Masyarakat Datuk Angian Andulag Apin-Apin baru-baru ini.

Pengerusi penganjur yang juga Ketua Wiramuda STAR Bingkor, Florian Ilon berkata seramai 23 orang telah mendaftar untuk program pada hari itu, namun setelah saringan pemeriksaan kesihatan dijalankan hanya lapan individu sahaja yang layak menderma.

“Walau bagaimanapun saya amat bersyukur kerana dapat mengumpul sejumlah penderma yang sudah tentu dapat memberikan manfaat kepada yang memerlukannya.
“Saya berpuas hati dengan keprihatinan serta sokongan para penderma,” katanya.

Florian turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Ketua Wiramuda STAR Pusat Razzidin Robert yang mencetuskan idea tersebut dan telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap program itu dari awal hingga lah ke hari pelaksanaannya.

“Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada Datuk (Robert) yang juga Timbalan Presiden merangkap Ketua Bahagian STAR Bingkor yang menjadi pembakar semangat serta kekuatan kepada wiramuda untuk menjayakan program ini,” tambah Florian.

Turut hadir Timbalan Ketua Wiramuda STAR Razzidin Robert dan beberapa pemimpin masyarakat di kawasan itu.


utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055024 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list