CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 2

[Sabah] Isnin harap perayaan tahun baru cina dapat mengukuh perpaduan

[Copy link]
Post time 30-1-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 30-1-2022 09:09 AM



KELUARGA MALAYSIA: Isnin (tiga kiri) serta Limus (tiga kanan) meluangkan masa menemui peniaga masyarakat cina di sekitar Pekan Beaufort sempena program walkabout yang diadakan.

BEAUFORT: Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih menzahirkan harapan agar sambutan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan seiring konsep 'Keluarga Malaysia'.

Katanya, Sabah yang memiliki pelbagai etnik, kaum, dan anutan sesuai dijadikan sebagai contoh konsep 'Keluarga Malaysia' yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tambahnya, kelebihan dan keunikan yang ada di negeri ini wajar dipertahankan demi menjamin keharmonian masyarakat majmuk sekaligus memastikan kestabilan dalam semua aspek.

"Pelbagai perayaan kita raikan setiap tahun dan tidak terkecuali sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Justeru marilah kita gunakan peluang ini untuk mengukuhkan kesepakatan dan perpaduan selari konsep 'Keluarga Malaysia', " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan program 'Walkabout Chinese New Year' di sekitar Pekan Beaufort, baru-baru ini.

Turut serta Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury; Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Klias, Ustaz Matjun Yunus Mathon dan Ketua Armada BERSATU Beaufort, Mohd Shahril Osin.

Sempena program 'Walkabout' itu, Isnin mengagihkan buah limau dan 'angpau' kepada pengusaha kedai di sekitar pekan Beaufort dan pada masa sama beramah mesra dengan masyarakat yang ditemui sepanjang program itu.

Disamping itu juga, pengusaha kedai serta sebahagian masyarakat setempat yang ditemui mendapat sekeping poster kalander yang diagihkan kakitangan daripada pejabat wakil rakyat Klias.

Dalam pada itu, Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias turut menasihati masyarakat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang menyambut perayaan tahun baru cina ini.

Katanya ianya penting bagi memastikan kesejahteraan orang ramai terus terpelihara memandangkan wabak pandemik COVID-19 belum berakhir dan masih membimbangkan berikutan terdapat varian baharu.


utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 09:09 PM | Show all posts
wahh ! the unity of Malaysian. teringat iklan Petronas tahun ni. mmg terasa semangat Malaysia kita !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:21 PM | Show all posts
softsoftie replied at 4-2-2022 09:09 PM
wahh ! the unity of Malaysian. teringat iklan Petronas tahun ni. mmg terasa semangat Malaysia kita !

you also watch the ads issit? the drama and storyline is the best. harimau forever ! petronas the best !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.133201 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list