CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tahan mat rempit lumba haram, sita motosikal

[Copy link]
Post time 30-1-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode

Remaja bawah umur ditahan kerana berlumba haram dalam operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di dua lokasi tumpuan mat rempit di negeri itu malam Ahad.

BUTTERWORTH - Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki termasuk dua remaja bawah umur kerana berlumba haram dan menyita 43 motosikal dalam operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di dua lokasi tumpuan mat rempit di negeri itu malam Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang, Superintendan Zafri Zolkapli berkata, operasi bermula pukul 10 malam Ahad dan tamat lima jam kemudian itu dijalankan di daerah Barat Daya dekat sini dan Seberang Perai Utara (SPU), di sini.

"Pihak polis menjalankan operasi itu hasil dari aduan dan maklumat orang awam berkaitan motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya (samseng jalanan) yang kerap dilaporkan di dua daerah tersebut. Kami menjalankan operasi tersebut bagi mencegah kegiatan samseng jalanan melibatkan kumpulan bermotosikal yang sering mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

"Dalam operasi itu, kami menahan empat lelaki berusia 15 hingga 21 tahun kerana berlumba haram dan menyita 43 motosikal kerana pelbagai kesalahan antaranya mengubah suai kenderaan serta tiada cukai jalan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tambah beliau, empat lelaki termasuk dua remaja bawah umur yang sudah tidak bersekolah itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala 43 motosikal disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987.

Beliau berkata 117 saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal dengan pelbagai kesalahan trafik dan pihaknya akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan tersebut. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aram-sita-motosikal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.034978 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list