View: 2105|Reply: 38
|
[Tempatan]
Kesatuan Sekerja minta kerajaan campur tangan isu 3hb Feb kena kerja di Wilayah
[Copy link]
|
|
PM diminta selesaikan isu cuti ganti 3 Februari
Wartawan MalaysiaGazette -
28 January 2022
KUALA LUMPUR – Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan berhubung ketiadaan cuti umum ganti pada 3 Februari depan bagi kakitangan perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Presidennya, Datuk Mohamed Shafie Mammal berkata, pihaknya berpandangan perkembangan ini tidak adil dan bertentangan dengan semangat Perhubungan Perusahaan harmoni yang diharapkan serta bertentangan dengan Akta Kerja 1955 yang menyediakan peruntukan bagi cuti umum ganti yang bergaji.
UNI-MLC terkejut apabila dimaklumkan bahawa kakitangan awam diwajibkan bekerja pada 3 Februari 2022, sedangkan hari tersebut (Khamis) sepatutnya menjadi cuti umum ganti kerana kedua-dua Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baharu Cina jatuh pada hari yang sama iaitu 1 Februari 2022 (Selasa).
Oleh itu, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, yang mana ia terpakai kepada dua-dua sektor awam dan swasta, cuti umum ganti seharusnya diberikan pada hari Khamis, kecuali majikan terbabit menyediakan bayaran gaji berganda atau
cuti gantian jika seseorang pekerja dikehendaki dan dia bersetuju untuk bekerja pada 3 Februari (Khamis).
Dalam situasi membabitkan kakitangan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tindakan meminta kakitangan awam bekerja dan tidak diberikan cuti, kecuali bagi perkhidmatan awam perlu (seperti hospital, penyiaran dan keselamatan), UNI-MLC berharap kerajaan akan memberikan cuti umum gantian dan tidak menafikan hak pekerja.
Shafie berkata, UNI-MLC juga difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggunakan peruntukan pekeliling dan Akta Hari Kelepasan 1951 bahawa cuti umum ganti ini hanya terpakai sekiranya cuti umum berganda jatuh pada hari Ahad dan Jumaat, adalah tidak dapat diterima.
Sewajarnya kerajaan, terutama JPA telah mengambil tindakan pembetulan dari awal lagi kerana tahu akan ada cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baharu Cina, dan sama sekali tidak harus membelakangkan peruntukan undang-undang berkaitan cuti umum gantian.
Satu solusi jangka panjang harus telah dikenal pasti sejak awal lagi dalam isu-isu serius seperti ini.
UNI-MLC hairan dengan langkah kerajaan dan JPA yang memandang ringan mengenai isu ini dan tidak mengambil tindakan pembetulan atau solusi dari awal lagi.
Sekiranya kerajaan terutama Kementerian Wilayah boleh mengumumkan cuti peristiwa sempena kemenangan Piala Malaysia 2021 pada tahun lepas, mengapa cuti umum ganti tidak boleh diberikan untuk Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baharu Cina 2022. – MalaysiaGazette |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pekerja malaysia dan cuti |
|
|
|
|
|
|
|
"lu takmok...bangla,nepal,myanmar,indon mau...lor"-tauke |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya gomen mael ni.bende simple mcm ni pun susah nk decide ke?
Ni bukan level2 roket science pun |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti... Cuti....
Kau membuatkan ramai dlm dilema skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Workers covered under the Employment Act 1955 are all workers whose earnings do not exceed RM2,000.00 a month and all manual workers irrespective of their earnings. If you are a foreign worker legally employed in this country, you are also covered under the Employment Act 1955.
faham2 kan je la korang termasuk ke tak bawah Akta Keja 1955 ni..ahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
xperlu pun cuti 3hb di KL...dia bukan jatuh hari ahad
|
|
|
|
|
|
|
|
Swasta dapat cuti ganti 3hb tu, kementerian sumber manusia dah keluarkan memo. Kenapa gov staff tak dapat? |
|
|
|
|
|
|
|
Geng dari negeri lain elok duduk tepi peratikan sambil makan scone |
|
|
|
|
|
|
|
Biar betul Malaysia masih lagi guna akta buruh tahun 1955?
Patut lah pekerja2 di malaysia adalah saparti hamba abdi
|
|
|
|
|
|
|
|
bursa kerja on 3/2
makanya kita pun kena kerja - CEO |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi 1 Feb itu hari wilayah atau raya cina?
|
|
|
|
|
|
|
|
kedua2nya sekali
tiada cuti ganti tambahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari Raya Wilayah Cina sister
|
|
|
|
|
|
|
|
Tong-tong tong chang! Tong-tong tong chang! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak terkejutkan tak dapat cuti lak hari tu, sesetengah kakitangan awam hari kerja pun mcm hari cuti gak. |
|
|
|
|
|
|
|
bank pun x sepakat...ada buka ada tutup...dah tutup ada pulak dept nak dtg keje sebab nak cater gomen yg keje...
buat penin je
|
|
|
|
|
|
|
|
Rindu cny time PKP semorang duk dendiam je tak gaduh nak coti |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 28-1-2022 05:10 PM
xperlu pun cuti 3hb di KL...dia bukan jatuh hari ahad
Perlu sbb 1&2 feb jatuh PH+PH |
|
|
|
|
|
|
| |
|