View: 791|Reply: 15
|
Tumbuk Kekasih Sampai Patah Hidung Sebab Tak Minat Cristiano Ronaldo
[Copy link]
|
|
London – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas membelasah kekasihnya dengan alasan wanita itu tidak tertarik kepada bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo, lapor akhbar Daily Star.
Ross Flynn dituduh melakukan perbuatan itu ketika mereka pulang dari janji temu dan berlaku perbualan tentang siapakah yang lebih tampan antara bekas teman lelaki wanita itu yang telah meninggal dunia atau Ronaldo.
Wanita itu yang menganggap Flynn hanya bergurau, memberitahu bahawa dia lebih tertarik kepada bekas kekasihnya kerana tidak meminati Ronaldo.
Foto: Chronicle Live
“Suspek menumbuk muka teman wanitanya beberapa kali sehingga dia terhumban ke lantai dan mengalami patah hidung.
“Ini kerana dia tidak dapat menerima kenyataan wanita itu lebih tertarik kepada bekas kekasihnya yang sudah mati berbanding Ronaldo,” demikian menurut kertas pendakwaan di Mahkamah New Castle.
Wanita itu cuba menerangkan bahawa pemain bola sepak itu tidak termasuk dalam kategori lelaki yang diminati namun tidak diendahkan oleh Flynn. Mereka kini berpisah.
Mahkamah melabelkan Flynn sebagai individu berisiko tinggi untuk mana-mana bakal kekasihnya kelak. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ada masaalah kejiwaan tu sebenarnya dia nak tanya siapa lebih tampan antara dia dengan ex bf tu. Ronaldo hanya pancingan disitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la dah berpisah
Lari, lari jauh2 dr laki mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahha lawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 28-1-2022 02:06 PM
kang kena gelak ngn penyokong Liverpool.... |
|
|
|
|
|
|
|
gila campur baran laki ni
senang2 je gi pukul org sbb hal kecik mcm tu
ingat punching bag ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam tu pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Emm elok laa berpisah, bosan aihh jantan yg suka amik tau hal2 remeh gini.
Dgn org dh mati pun ko nak dengki. Mmg ko takkan menang laa kalau nak bersaing ngn org yg dh mati better takyah serabutkan pikiran dgn persoalan remeh gini. |
|
|
|
|
|
|
|
kat sana mmg kalau fanatik bola tu mmg gile2 fanatik, sanggup bunuh org. |
|
|
|
|
|
|
|
jelly la tu tengah mabuk ke hapa ke |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki cemerlang yang kaya-raya
Lelaki ada rupa serta berbakat
duit berkepuk-kepuk
setakat rambut ko berkepuk ,sekali ketuk keluar habuk elok pergi mampuslah
cristiano ronaldo xde nak buang masa toleh tengok rupa ko yg serupa mangkuk jamban
cisssssssssssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
ada sorang janda kena lepang sampai senget pipi dia,,oleh bakal duda, sebab dia tak suka Mat Sabu n
|
|
|
|
|
|
|
| |
|