CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Sabah] Sabah mempunyai kematangan keharmonian, toleransi tinggi

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-1-2022 01:20 PM



TERIMA KASIH: Sim Fui menerima cendera kenangan sebagai simbolik terima kasih atas tajaan berkenaan.

KOTA KINABALU: Tarian singa semakin mendapat tempat dalam kalangan golongan muda tempatan apabila kemahiran berkenaan dipupuk sejak dibangku sekolah.

Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api Sim Fui berkata, kini tarian kebudayaan berkenaan bukan saja dipersembahkan oleh masyarakat kaum Cina tetapi juga etnik-etnik tempatan yang lain.

"Ini jelas memperlihatkan semangat yang kita mahukan khususnya dalam negeri Sabah ini, yang mana semua kaum bersifat tolenrasi ke arah pencapaian keharmonian.

"Saya berpendapat adalah penting acara seumpamanya dapat disertai golongan muda dari pelbagai lapisan etnik tempatan agar tarian tradisi ini dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang.

"Hari ini kita juga dapat melihat para ahli persatuan yang  mempersembahkan tarian singa adalah berumur 18 tahun sehingga 25 tahun," katanya selepas menyerahkan tajaan pakaian seragam kepada Persatuan Tarian Naga dan Singa Thian You Sabah, di sini semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden LDP berkata, diharapkan kesatuan yang ditunjukkan golongan muda ini dapat menjadi inspirasi kepada para pemimpin politik untuk bersatu.

Dalam pada itu katanya, tahun ini rakyat khususnya golongan Cina dibenarkan untuk meraikan perayaan Tahun Baharu Cina, tetapi jangan sesekali mengabaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Tidak dinafikan hampir dua tahun kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan tahun lalu kita tidak berkesempatan meraikan perayaan ini.

"Bagaimanapun, kelonggaran yang diberikan kerajaan tidak seharusnya dipandang ringan. Semua individu dalam masyarakat mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049902 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list