CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu sasar tanam 3 juta pokok menjelang 2025

[Copy link]
Post time 27-1-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode

Tengku Farouk Husin (tengah) diiringi Roslan (kanan) melakukan gimik menanam anak pokok pada majlis gotong-royong sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Program Penghijauan Malaysia peringkat negeri Terengganu di Pantai Teluk Bidara pada Khamis. - Foto Bernama

DUNGUN - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menyasarkan penanaman sehingga tiga juta pokok menjelang 2025 bagi menjayakan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Pengarahnya, Roslan Rani berkata, pada 2021, pihaknya berjaya menanam 322,018 pokok di seluruh Terengganu mengatasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 250,000 pokok.

"Pandemik Covid-19 sepanjang tahun lepas tidak menghalang jabatan untuk terus melaksanakan pelbagai program hasil kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan, syarikat swasta, institusi pengajian tinggi (IPT) dan komuniti setempat di seluruh Terengganu.

"Pada 2022 dan seterusnya, kami sasarkan penanaman 600,000 pokok setiap tahun demi mencapai sasaran tiga juta pokok menjelang 2025. Jabatan akan memberi bimbingan untuk program penanaman bersama dengan pihak yang berminat serta membantu untuk membekalkan anak pokok pelbagai spesies bagi memastikan sasaran itu tercapai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian majlis gotong-royong sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Program Penghijauan Malaysia peringkat negeri Terengganu yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil di Pantai Teluk Bidara di sini pada Khamis.
Pada majlis itu, wakil 38 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang turut menerima sumbangan anak pokok untuk ditanam di kampung masing-masing.

Roslan berkata, pada tahun ini, semakin banyak syarikat korporat, institusi pengajian tinggi dan sekolah yang menyatakan minat untuk menjayakan kempen tersebut termasuk orang ramai yang berdaftar di aplikasi Penghijauan Malaysia dan laman web www.100jutapokok.gov.my.

"Jabatan juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang banyak membantu melaksanakan program Penghijauan Malaysia melalui pelbagai projek penanaman yang dijadualkan sepanjang tahun ini," katanya. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... okok-menjelang-2025
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.064823 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list