CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Sabah] Larangan jual atau makan tiram di perairan sungai Yayasan Sabah

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:14 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Jabatan Perikanan Sabah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menjual atau memakan tiram di kawasan perairan sungai Yayasan Sabah di sini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata larangan itu disebabkan paras toksin paralytic shellfish poison (PSP) tinggi yang dikesan di sekitar perairan terbabit.

“Keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan mencecah paras bahaya iaitu 841.25ppb pada 25 Januari lalu.  

“Sehubungan itu, surat amaran bagi larangan menjual serta memakan kerang-kerangan perlu dihebohkan kepada kepada pegawai daerah, ketua kampung dan mana-mana pihak berkaitan bagi mengambil langkah berjaga-jaga seterusnya memastikan insiden tidak diingini dapat dielakkan,” katanya.

Pihak berkuasa perikanan daerah juga diminta untuk menghantar sampel kerang dari kawasan tersebut setiap mingu sehingga paras toksin dikesan pada tahap selamat.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.322574 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list