View: 1204|Reply: 13
|
Lelaki Mengaku Dirinya Imam Mahdi Lepas Pulang Dari Tuntut Ilmu Agama Di Pedalaman
[Copy link]
|
|
Aceh: Seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila membuat pengumuman menggunakan pembesar suara masjid mengakui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi.
Lelaki berusia 35 tahun itu berbuat demikian selepas selesai mengikuti kuliah di Masjid Agung al-Khalifah, Aceh Utara, baru-baru ini.
Seorang saksi, Ibrahim Jafar Kuba memberitahu, lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai masalah jiwa terus mengambil mikrofon dan membuat pengumuman itu sebaik sahaja kuliah selesai.
Foto: Utusan
“Lelaki yang dikenali sebagai Armia itu mengakui dirinya adalah Imam Mahdi dan menceritakan dengan lengkap salasilah keturunannya,” katanya.
Sehubungan itu, penduduk setempat membawanya ke balai polis bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.
Setibanya di balai polis, lelaki tersebut tetap berkeras dengan dakwaannya sehingga keluarganya datang untuk membawanya pulang.
Jurucakap polis, Asriadi berkata, keluarga lelaki tersebut memaklumkan, lelaki itu berubah sikap selepas pulang dari menuntut ‘ilmu agama’ pada tahun lalu, selain tidak pernah menceritakan di mana dia belajar ilmu berkenaan.
“Abang cuma maklumkan dia masuk ke kawasan pedalaman untuk menuntut ilmu agama dan tidak pernah menceritakan lebih lanjut.
“Sikapnya mula berubah sejak dia pulang dari pengajian itu sehingga dia sanggup mengaku dirinya adalah Imam Mahdi,” ujar adiknya, Samsul Bahri.
Oleh hal yang demikian, keluarga lelaki tersebut memohon maaf kepada semua penduduk dan berterima kasih kerana menghalang lelaki itu daripada bertindak di luar kawal. -CARI
Sumbr: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Tak hairan, dalam forum ni pun ramai je peramal masa depan. |
|
|
|
|
|
|
|
p&c katanyaaa
tapi kecoh2 kat forum boleeyyyy
bila tanya kena cari sendiri
tak nak spoonfeed
apooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
tu yg org kata gila isim,belajar ilmu agama sampai jd mcm tu kesian,
|
|
|
|
|
|
|
|
Hisap gam agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
kawasan pedalaman? kumpulan ajaran sesat ke?
lokasi pun tak nak bagitau. kenapa berahsia sangat kalau belajar agama?
very suspicious. boleh suspek extremist |
|
|
|
|
|
|
|
Menuntut kat mana tak bagitahu, tup2 tengok gambar jenglot dah menggigil ketakutan |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa la gigih nak jadi imam mahdi..sah2 imam mahdi tu dari bangsa madinah keturunan nabi Muhammad SAW..bukannya acheh
|
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun: Hisap gam agaknya
i baca news tu dari atas sampai la habis
memanjang gelak.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia ada imam mahadi makmumnya heliza |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 26-1-2022 04:17 PM
kat malaysia ada imam mahadi makmumnya heliza
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Katanya imam mahdi pandai cakap Sabah! |
|
|
|
|
|
|
|
Knp gmbor hb heliza pulak ni?....
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tau dia imam mahdi ke tak.cuba ambik pedang jepun.pastu belah badan dia sampai terbelah dua |
|
|
|
|
|
|
| |
|