CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Sabah] Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-1-2022 03:50 PM



SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian dada di sebuah pondok berhampiran Jambatan 15, Kampung Sim-Sim, di sini pagi kelmarin.

Mangsa, warga asing berumur 69 tahun ditemukan oleh anak lelakinya dalam keadaan berlumuran kira-kira jam 6 pagi sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin (gambar) berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7.40 pagi.

Katanya, susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bergerak ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, mangsa yang dalam keadaan terlantar disahkan sudah meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dada.

“Kejadian itu disedari oleh anak lelakinya yang datang ke pondok tersebut untuk berniaga pada jam 6 pagi,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Menurutnya, hasil siasatan mangsa seorang peniaga kecil-kecilan yang menjual sayur-sayuran di pondok berkenaan.

“Kali terakhir mangsa ditemui oleh keluarganya kira-kira jam 5.30 petang pada Ahad di pondok gerai tersebut.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif serta punca kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil memberikan maklumat,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057579 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list