View: 384|Reply: 0
|
[Sabah]
Covid-19 25/01/2022
[Copy link]
|
|
![](https://scontent.fkul4-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271823340_348363957106657_7369226164366589093_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=vzbErVo6PsgAX8R3NxJ&_nc_ht=scontent.fkul4-4.fna&oh=00_AT9zPE7-XcO_xp1iEoiMqWey3QgOy6yAJmJTSQruZWbQVg&oe=61F4DC9F)
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 314 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 246,077 kes. Sebanyak tiga (3) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu (1) kes di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Beaufort. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 177 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 238,187 orang. Manakala 690 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 378 orang di hospital, 301 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 11 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 20 orang merangkumi 16 di ICU/repurposed kritikal care serta empat (4) di open ward (HDW/kubikel akut) dan enam (6) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 22 (36.67%).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Jumlah kes harian di Sabah hari ini melonjak lebih dua (2) kali ganda daripada jumlah kelmarin, iaitu 314 kes berbanding hanya 118 kes kelmarin. Ini merupakan pertambahan 196 kes daripada jumlah sebelumnya.
b. Empat (4) daerah mencatatkan angka jangkitan baharu yang agak tinggi iaitu Sandakan 68 kes (+56), Kota Kinabalu 61 kes (+44), Beaufort 39 kes (+31) dan Tuaran 34 kes (+19). Secara keseluruhan, terdapat sembilan (9) daerah mencatat kes baharu dua (2) angka, 14 daerah dengan catatan satu (1) angka dan empat (4) daerah tidak merekodkan apa-apa kes baharu.
c. Berdasarkan laporan dan statistik harian yang disediakan oleh JKNS, punca kenaikan mendadak kes-kes baharu hari ini ialah kerana bilangan saringan positif yang agak tinggi dikalangan kontak rapat dan kes-kes baharu daripada klusterkluster aktif. Sebanyak 64 kes baharu hari ini datang daripada kluster-kluster dan 143 pula adalah dikalangan kontak rapat.
d. Satu (1) lagi kluster ‘institusi pendidikan’ yang dikenali sebagai Kluster Jalan Sri Balung diisytiharkan di Tawau hari ini. Kes indeks adalah seorang pelajar asrama lelaki tingkatan 4 di SMK Balung, yang mula bergejala pada 19 Januari 2022, kemudiannya menjalani saringan di klinik kesihatan sebelum disahkan positif melalui COVID-19 RTK Ag pada 21 Januari 2022. Saringan keatas kontak rapat mendapati 17 orang lagi pelajar didapati positif menjadikan jumlah yang terlibat seramai 18 orang setakat ini. Kesemua pelajar yang dijangkiti adalah dalam Kategori 1 dan 2 dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai.
e. Sebanyak 312 daripada 314 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2; dua (2) kes dalam Kategori 3 dan tiada pesakit dalam Kategori 4 dan 5.
f. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (143) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
Terdapata satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.
Kluster Jalan Sri Balung - Tawau adalah kluster jenis institusi pendidikan yang melibatkan pelajar asrama di SMK Balung. Kes indeks merupakan lelaki, pelajar Tingkatan 4 yang mula bergejala sejak 19 Januari 2022. Saringan yang dibuat di klinik kesihatan pada 21 Januari 2022 mendapati kes indeks positif COVID-19 RTK AG lalu dikuarantin dan diberikan rawatan lanjut. Saringan ke atas 38 kontak rapat mengesan 14 kes baharu, manakala 22 lagi masih menunggu keputusan ujian dan satu (1) lagi ujian saringan didapati negatif. Ini menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 18 kes yang terdiri daripada pelajar SMK Balung. Semua pesakit dikategorikan sebagai bergejala ringan (Kategori 1 dan 2) dan telah dikuarantin serta diberikan rawatan yang sesuai. 7 Jumlah kapasiti katil 3,762 unit.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|