CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1440|Reply: 16

[Tempatan] Lelaki berlagak samseng lepas gagal potong barisan

[Copy link]
Post time 25-1-2022 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berlagak samseng lepas gagal potong barisan

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... gal-potong-barisan/

Oleh NIA AMIRA NAJWA AZMI
25 Januari 2022, 5:40 pm


Tangkap layar kereta perdana dan lelaki yang berlagak samseng.

PETALING JAYA – Seorang lelaki bertindak ala samseng selepas dikatakan tidak berpuas hati setelah gagal memotong barisan sebelum mengekori kenderaan yang tidak memberikannya laluan di lorong berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi dua minit 19 saat dikongsikan di Twitter, @vicenzolorenzo menunjukkan satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan kereta jenis Proton Perdana cuba menyelit masuk ke lorong kenderaan lain semasa lampu isyarat berwarna merah.

“Sudahlah mahu potong barisan di lampu isyarat, lepas itu halang kereta orang sesuka hati seperti mahu bergaduh,” katanya.

Pemandu kenderaan itu bagaimanapun tidak memberi peluang menyebabkan lelaki tersebut terpaksa ke tepi sedikit sebelum berjaya memasuki laluan kenaan.

Lelaki tersebut kemudian, mengekori mangsa yang ketika itu mahu menghantar rakannya pulang di sebuah kawasan perumahan dan berhenti di hadapan kereta mangsa.

Walau bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri selepas mengetahui mangsa akan ke balai polis .

Susulan perkongsian itu, pengguna media sosial berasa marah dengan tindakan lelaki tersebut.

“Kadang-kadang orang macam ini mempunyai tekanan hidup atau guna jalan raya untuk tunjuk hebat sebab kehidupan sebenar yang tak semenggah,” ujar @aiwawa_.

“Dah buat salah mengaku je la nanti tak pasal-pasal masuk penjara,” jelas @zid2442. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 06:29 PM | Show all posts
Ramai je yang berperangai macam ni zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Samseng gedebe...tau takut
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:58 PM | Show all posts
xde share vid ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:03 PM | Show all posts
Dah naik kereta bertaraf VVIP mestilah marah jika orang tak bagi laluan kepada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kira yg terpaling la tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 09:33 PM | Show all posts
Samseng tahi kucing
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka manusia suka potong barisan ni. Aku memang tak bagi. Kita beratur lama, sesedap rasa dia je nak memotong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg jenis ptg Q ni memang xde sivik
Lemahhhhh
Selfish lengkap semua ade
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-1-2022 08:03 PM
Dah naik kereta bertaraf VVIP mestilah marah jika orang tak bagi laluan kepada dia.

Perdana cabuk je pun.. kalau bawak van jenazah mungkin semua orang berlapang dada bg laluan kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik org yg acah2 road bully ni kau tak sedar ke kereta skang mostly ada dashcam depan belakang? Lagi mau tunjuk muka free2 bagi orang buat report polis, senang je polis panggil engkau dtg balai.. bapak aku tarik2 seluar adjust spender terselit kat parking pun aku marah takut ada dashcam or cctv rakam
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah potong q tu, angkat la tangan sikit. Ni idok pi pulak harrass org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 25-1-2022 10:04 PM
Pelik org yg acah2 road bully ni kau tak sedar ke kereta skang mostly ada dashcam depan belakang? La ...

Hahahhaa kannnn... Tak pasal2 je viral nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:37 AM | Show all posts
hahaa...ni setia taipan kat setia alam ni. actually memang ramai perangai haram jadah gini kat area tu. semua pakat nak potong queue. pemalas nak mampus. aku sampai dah semak duduk situ. dulu dulu setia alam aman je. since ada rumah selangorku mencanak naik kat situ, makin ramai perangai ala ala samseng pulak. ada 2 traffic light junction area setia taipan ni yang orang suka potong queue.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai org mentally unstable skrg
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:54 AM | Show all posts
driver ipoh pun banyak spesis ni...mcm lahanat tak suka bagi signal,potong q..mmg sial mcm jalan rayanya jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 11:02 AM | Show all posts
kt mana2 pun ada manusia perangai haramjadah gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068406 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list