Seorang isteri meluahkan rasa kecewanya apabila mendapat tahu suaminya mempunyai nafsu ‘songsang’ dan merasa tidak bahagia setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Mari kita ikuti luahan yang dikongsikan dalam program bual bicara ‘Aduan Jiwa’ di TV9.
Kisah wanita yang mahu dikenali sebagai Dewi (bukan nama sebenar) bermula apabila dia memberitahu bahawa dia mengenali suaminya itu menerusi orang ketiga.
Dalam masa hanya setahun perkenalan, mereka berdua memutuskan untuk bertunang dan bernikah setelah dipersetujui kedua-dua keluarga.
Menurut Dewi, niat asal dia meneruskan perkahwinan itu adalah atas dasar restu kedua ibu bapa, bukan sebab cinta kerana Dewi tidak mengenali suaminya sebelum tu.
Tetapi, sepanjang perkahwinan mereka, si suami tidak pernah sekalipun memberi nafkah. Malah, sering memaki Dewi dengan menggunakan kata-kata kesat.
Dewi juga langsung tidak mengesyaki suaminya itu sebenarnya bernafsu songsang (gay) sehinggalah dia berasa kurang sihat dan membuat keputusan untuk berjumpa doktor.
Selepas keputusan dikeluarkan doktor yang merawat, Dewi mendapat tahu yang dia dijangkiti penyakit kelamin (STD). Pada mulanya, Dewi tidak mengesyaki apa-apa dan menyangkakan yang dia mendapat jangkitan itu daripada masalah kesihatan dirinya juga.
Yang menyedihkan lagi, Dewi menyatakan bahawa suaminya hanya ‘menyentuhnya’ sebanyak tiga atau empat kali sahaja dalam masa setahun. Apabila dia meluahkan perkara itu, suaminya mengatakan dia seorang yang gila.
Ketika itu, Dewi masih tidak mengetahui suaminya mempunyai hubungan terlarang dan beranggapan suaminya beronani kerana dia menjumpai pelbagai minyak urutan.
Bila ditanya, memang dia tidak pernah menjawab dan Dewi juga tidak tahu mengenai hubungan sosial suaminya yang selalu melarang Dewi daripada memegang telefonnya.
Tidak lama dari Dewi mengetahui dia menghidap STD, dia dikejarkan ke hospital kerana penyakitnya itu menjadi semakin serius dan perlu menjalani rawatan susulan. Ketika itulah Dewi mendapat tahu punca penyakitnya dan yakin bahawa suaminya ada menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuannya selama bertahun-tahun.
Sebelum berkahwin, salah seorang kenalan suaminya memberitahu lelaki itu pernah mengikuti grup LGBT.
Dewi juga pernah berbincang dengan suaminya bahawa dia mahu berpisah sebab tidak sanggup menerima suaminya sebagai beban dalam hidup dan mengganggu emosinya.
Menurutnya, dia bertahan sebab keluarga dan silapnya sebab dia berharap pada orang yang salah. Dewi ingatkan suaminya akan berubah.
Akhirnya, Dewi membuat keputusan untuk bercerai dan sehingga sekarang dia masih berasa bahawa dia tidak layak untuk hidup bahagia dan bekas suaminya itu masih merahsiakan hubungan songsangnya.
"Saya rasa tak layak untuk hidup bahagia dan trauma apa yang jadi dekat diri saya", kata Dewi menerusi temu bual bersama Aduan Jiwa.
Kredit: Youtube Aduan Jiwa
|