KUALA LUMPUR - Pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 kini mula diberikan kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan penyakit kronik.
Walaupun ramai yang sudah mengambil dos penggalak tidak mengalami kesan sampingan yang teruk namun ada juga sesetengah penerima dos mendakwa sebaliknya.
Menurut perkongsian seorang wanita di laman Facebook, wanita yang dikenali sebagai Rozita Arshad mendakwa dirinya mengalami kesan sampingan yang agak teruk selepas menerima dos penggalak.
Wanita tersebut mendakwa dia mula sakit kepala pada hari ketiga selepas menerima dos penggalak dan tekanan darahnya mula naik. Selain muntah-muntah, dia juga turut diserang sawan dan meracau.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan mendapat rawatan di sana. Selepas enam hari di hospital, Rozita dibenarkan pulang ke rumah. Namun kegembiraannya nyata tidak lama kerana dia mendakwa badannya semakin lemah walaupun luaran nampak sihat.
Tambahnya lagi, dia merasa pelik kerana dia sudah tidak mampu mengenal dan mengingat nama-nama benda seperti buah, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Selain itu, mata sebelah kirinya sudah mula menjadi kabur.
Dalam posting terbaru beberapa jam lalu, Rozita memberitahu dia terpaksa memadam posting terdahulu walaupun dia merasakan posting itu ada kebaikan untuk semua.
Terdahulu, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangguhkan pemberian dos ketiga (penggalak) sehingga dikeluarkan panduan menentukan siapa yang layak atau sebaliknya.
BACA SELANJUTNYA - "Kes Kematian Mengejut, KKM Kena Pandang Serius Kaji Kesan Sampingan Dos Penggalak’ - Dr MAZA
Menurutnya, ia berikutan kebimbangan segelintir masyarakat mendapat komplikasi dan kesan yang serius selepas mengambil dos ketiga itu. - CARI
|