CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2752|Reply: 5

[SEJARAH] Tiga Istana Lama Di Tanah Melayu Yang Terbiar, Apakah Wajar Dibiarkan Terus?

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:51 PM | Show all posts |Read mode
Tiga Istana Lama Di Tanah Melayu Yang Terbiar, Apakah Wajar Dibiarkan Terus?


Sekiranya di luar negara, istana-istana lama akan diubah suai menjadi kawasan pelancongan. Selain menawarkan tarikan yang bersejarah, sudah tentu ia mampu menjana ekonomi setempat.

Namun demikian berbeza dengan situasi di Tanah Melayu, terdapat beberapa bangunan istana lama yang terbiar ibarat hanya disimpan hak penjagaannya sehingga menunggu masa untuk roboh.

Istana Raja Muda, 1922, Perak

Salah satu istana yang terbiar dan sering kali mendapat perhatian media adalah Istana Raja Muda yang terletak di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Anson atau kini lebih dikenali sebagai Teluk Intan.

Lebih enam dekad lalu istana lama ini pernah menjadi singgahsana rasmi bagi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Almarhum Raja Muda Abdul Aziz.


Istana Raja Muda ini dibina pada 1922 dan ironinya, bangunan ini merupakan sebahagian daripada warisan sejarah Kesultanan Perak yang perlu terus dipulihara untuk tatapan generasi baru.

Dikatakan baru-baru ini istana yang berusi 99 tahun ini akan dibuka bidaan untuk dijual bagi projek komersial namun ditangguhkan selepas terdapat bantahan daripada segelintir pihak.

Istana Sepachendera, 1882, Kedah

Istana Sepachendera adalah istana pertama Almarhum Sultan Abdul Hamid di Alor Setar yang dibina khas untuk isteri, Che Sepachendera pada tahun 1882 menggunakan sejumlah manisan lebah dan putih telur.

Istana lama ini berlokasi di Jalan Kampung Baru Bukit Tinggi, Kepala Batas, Kedah dan masih boleh dilihat orang awam dan kewujudan istana lama ini merupakan antara bukti kehebatan orang Melayu suatu ketika dahulu.



Menurut cucunda Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Tunku Mansor Tunku Kassim, istimewanya bangunan itu adalah disebabkan keunikannya yang tersendiri dari segi ukiran dan reka bentuk.

Istana Tunku Kudin, 1867, Kedah

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd Yusof menceritakan istana terbiar berusia lebih 100 tahun di Bukit Tinggi, Kepala Batas bukan Istana Raja Bersiong.

Sebaliknya kata beliau, istana tersebut adalah kepunyaan Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Tunku Kudin.


Tunku Kudin pernah diangkat Raja Muda Kedah ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.

Istana Tunku Kudin dibina pada tahun 1867 selepas dia dipecat abangnya kerana campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor dalam Perang Saudara Selangor.

Menurut Wan Shamsuddin, istana dua tingkat milik Tunku Kudin itu dibina dengan menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya.

Manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu dalam Istana Tunku Kudin dikatakan mengambil masa setengah jam bagi memastikan segenap ruang istana benar-benar cerah.

Sumber:https://demimalaiu.com/tiga-ista ... ar-dibiarkan-terus/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Istana tunku kudin kat penang pun ada satu.. terbiar macam tu ja. Dekat dgn ipg kampus pulau pinang
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau nk baik pulih sure cost tinggi
Tp bila dibiarkan boleh jd sakit mata
Klu ada pihak swasta amik alih blh dijdkan cam muzium
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 01:23 PM | Show all posts
itu hari melawat istana tunku kudin ni, bukan melawat lebih kepada nak singgah begambar. mmg menyedihkan sgt keadaan. Time berenti ambik gambar, org kg mcm pelik ja tgk. Mungkin sebelum ni jarang sgt di beri perhatian atau takda yg singgah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 01:44 PM | Show all posts
kerabat diraja berkenaan yang kaya raya duit makan tak habis tu tak nak pulihkan istana2 terbiar ni ke?

sayangnya dibiarkan begitu saja
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Syg aje punya gah disuatu masa dulu terbiar mcm tu aje...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059210 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list