View: 3226|Reply: 59
|
Peniaga Lega Harga Asam Pedas Naik RM3
[Copy link]
|
|
Golongan peniaga di Melaka melahirkan rasa lega dengan keputusan kerajaan membenarkan kenaikan harga jualan makanan ekoran peningkatan harga barangan mentah, dengan syarat tiada sebarang unsur mencatut.
Peniaga asam pedas di Kamponk Avenue, Dataran Pahlawan di Bandar Hilir di sini, Julaiha Baharin, 42, berkata, dia terpaksa menaikkan harga menu asam pedas ekoran harga ikan seperti mabong, kembong dan siakap meningkat sehingga membebankannya.
Gambar hiasan/Mahamahu
Dia yang baru empat bulan berniaga di medan selera pusat beli-belah itu berkata bagaimanapun, kenaikan harga jualan itu hanya sekitar RM2 hingga RM3, dan keuntungan yang diperoleh hanya mampu menampung kos operasi perniagaannya seperti sewa kedai sebanyak RM1,600 sebulan, bil air, elektrik dan gas.
"Saya tiada pilihan terpaksa juga menaikkan harga asam pedas kerana harga bahan mentah terutama ikan meningkat hampir sekali ganda. Sebagai contoh, harga ikan mabong sebelum ini RM12 sekilogram tetapi kini mencecah RM22 sekilogram.
"Jadi set menu asam pedas ikan mabong terpaksa saya naikkan daripada RM10 kepada RM12, itupun saya terpaksa fikirkan pelanggan kerana tidak mahu membebankan mereka dan akhirnya membuatkan saya hilang pelanggan," katanya.
Peniaga nasi campur di Jalan Plaza Mahkota di sini, Husni Azmi, 46, pula berkata kenaikan harga jualan makanan khususnya melibatkan menu ayam dan ikan hanya sekitar 20 hingga 30 peratus sahaja.
Dia yang sudah berniaga lebih 10 tahun di kawasan tumpuan pelancong itu berkata tidak berani untuk menaikkan harga berlebihan, walaupun secara kasarnya keuntungan yang diperoleh masih rendah.
"Kami sebagai peniaga pun tersepit, apabila harga bahan mentah naik, kita tidak boleh naikkan harga jualan sesuka hati kerana selain hilang pelanggan, ada pihak berkuasa yang akan turun pantau harga makanan. Itu belum lagi pelanggan buat aduan kata harga makanan mahal sedangkan harga barang mentah yang kami beli pun dah semakin meningkat," katanya.
Husni berharap kerajaan dapat terus mengawal kenaikan harga barang mentah agar tidak terus meningkat sehingga membebankan peniaga.
Sementara itu, Ismail Jamaludin, 40, dari Klebang di sini berkata peniaga tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya jika menaikkan harga jualan mereka kerana banyak pihak terbabit dalam rantaian jualan bahan mentah.
"Siapa yang pergi ke pasar pasti tahu dan perasan kenaikan mendadak harga barangan mentah seperti ikan, ayam, sayur dan telur. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli makanan yang dijual sekiranya harga tersebut mahal sebaliknya masak sendiri di rumah kerana ia mungkin lebih jimat," kata pekerja swasta dalam sektor hospitaliti itu.
Kelmarin media melaporkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata susulan harga barangan mentah yang semakin meningkat, peniaga makanan dibenarkan menaikkan harga jualan dengan syarat tiada unsur pencatutan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya naik....adakah kenaikan sementara sb musim monsun? Tp yg pasti klu dah naik pasti x kn turun wpun bekalan byk. Mesti ckp harga brg mentah lain pulak naik, |
|
|
|
|
|
|
|
Mana asdan...
Mamat anti ikan |
|
|
|
|
|
|
|
Akak anti ikan tongkol |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah tak makan asam pedas |
|
|
|
|
|
|
|
mmmm...sementara la 'asam pedas tu korang punya'...hak & lantak korang la nk letak rega... |
|
|
|
|
|
|
|
Shazid: Banyaknya naik....adakah kenai ...
Tau xpe... Bila stock byk xpernah nye harga makanan nk trun. Semedang je ko huntong atas angin. Macam ice, ikan semua ni sumber bole diperolehi kot. 70% permukaan bumi diliputi air dan 30% daratan. Kenapa sumber alam ko nak naik kan. Bukannya sumber yang xboleg diperbahurui pun. Spt logam dan mnyk. Hampehhh. |
|
|
|
|
|
|
|
haritu makan asam pedas ikan jenahak sepiyok tu rm15 isi skepeng nnga nansik..tak puas makan. beli kepala ikan jenahak ngan isi baru rm13 kt pasar 2 kali masak asam pedas dgn kari puas makan. asam pedas melaka hawau tu senang je buh lada itam bunga kantan. tapi teknik masak saja2 masak asam pedas macam kat umah hari2 tu tak sama rasa dia. |
|
|
|
|
|
|
|
semua barang naik, gaji tak naik naik juga.. kenapa ada mcm ni? Malaysia oh Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Lst wknd aku gi.pasar tani..beli 4 ekor kembung n 4 ekor jaket...size yg sedang2 aja..total rm33...jatuh sekor tu lbhkrg rm4.
Korg leh bygk tak mcm.mana diorg nk jual supaya tak.rugi... |
|
|
|
|
|
|
|
makan ubi je la chuols2 oiii
kata menteri pasola |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 24-1-2022 04:18 PM
Akak anti ikan tongkol
Ikan tongkol dicari utk buat nasi dagang....
Selain ikan tongkol, tak serasi nk namakn nasi dagang |
|
|
|
|
|
|
|
tetiber teringat gerai yang jual asam pedas sedap last ramadhan. terkilan sebab aku 'terjumpa' dah akhir2 ramadhan pergi lagi sekali dah tak meniaga.
this year wajib repeat.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Camne diorg blh lega naik rm3? Asam pedas ni ada harga siling kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu betul dgn asam pedas arwah nenek aku. Tak sama macam yang mak aku masak. Tekak teringin nak makan arwah punya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la… ikan kembong goreng dah sama sambal belacan. Goreng sayur kobis dah setel. Melampau lah wei satu mata berbelas ringgit. Kalu anak 3-4… koyak! |
|
|
|
|
|
|
|
Gomea: Rindu betul dgn asam pedas arw ... .
Sama la |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan semua rega cekik darah
Barang basah mmg naik rega
X boleh kata apa la
I bukan peniaga mahu pun pembeli tegar lauk2 lunch
Tg kos besar niaga lauk lunch ni
Ikan daging ayam mahal
Sewa air api gas lg....tu x termasuk gaji pekerja
Mmg pikir byk kali kot nak niaga pikir untung lg
Bagi i, lauk lunch mmg mahal la...kalau beli da siap utk family mmg koyak poket
Baik grg ikan/ayam jer dah...grg sayur.
Simple |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu kalau harga ikan turun balik, korang lega x sebab boleh turunkan semula harga? |
|
|
|
|
|
|
| |
|