View: 2404|Reply: 44
|
[Dunia]
Bahasa Inggeris bukan segala-galanya. Orang luar negara lebih menghargai bahasa Melayu
[Copy link]
|
|
Bahasa Inggeris bukan segala-galanya'
Oleh Anding Kahar
Januari 24, 2022 @ 9:43am
bhsastera@bh.com.my
Pensyarah Bahasa Melayu, Universiti Pengajian Asing Tokyo (TUFS) Jepun, Prof Madya Dr Hiroki Nimoto. GAMBAR Universiti Pengajian Asing Tokyo, Jepun.
KUALA LUMPUR: Kekaguman warga Malaysia kepada orang asing yang dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih mungkin berpunca daripada rasa ketidakpercayaan mereka sendiri terhadap potensi bahasa itu.
Mereka mungkin beranggapan bahasa Melayu tidak punya potensi dari pelbagai sudut menyebabkan rasa kagum timbul secara semula jadi.
Hal ini boleh dilihat berdasarkan sambutan orang Malaysia terhadap pempengaruh bangsa asing yang menggunakan bahasa Melayu di media sosial masing-masing. Antaranya Rhys William, Mat Dan, Kouji Jepun dan Maryam You Narae. Mereka sangat terkenal dalam kalangan penutur bahasa Melayu dan mempunyai ramai pengikut.
Pensyarah Bahasa Melayu, Universiti Pengajian Asing Tokyo (TUFS) Jepun, Prof Madya Dr Hiroki Nimoto, berkata hal itu sangat berbeza jika orang Melayu fasih berbahasa Inggeris kerana ia dianggap perkara biasa begitu juga jika mereka fasih dalam bahasa Jepun.
"Misalnya kalau di Jepun, ramai orang asing yang menjadi muncul di televisyen fasih bertutur dalam bahasa Jepun, ia bukan hal luar biasa.
"Namun jika hendak membandingkan kekuatan dan kedudukan bahasa Melayu dan Jepun ia tidak adil. Ini kerana semua itu didorong oleh faktor sejarah dan penjajahan yang mana mempengaruhi kedudukan bahasa Melayu," katanya dalam Syarahan Darul Iman 3: Megar Bahasa Melayu dari Jendela Matahari Terbit yang disiarkan dalam Facebook rasmi Universiti Malaysia Terengganu.
Nimoto berkata, setiap bahasa mempunyai kekuatannya sendiri dan bahasa Inggeris bukanlah segala-galanya. Malah, ia tidak mampu untuk membantu memahami dunia secara keseluruhannya.
"Bahasa Inggeris itu satu daripada bahasa asing yang perlu dipelajari tetapi untuk lebih memahami dunia dan menguasai maklumat, kita memerlukan lebih daripada satu bahasa.
"Di TUFS, kami menawarkan 28 kursus bahasa dengan bahasa Melayu adalah satu daripadanya," katanya.
Tegas Nimoto, di Jepun bahasa Melayu dipelajari atas dasar minat individu. Misalnya, seorang daripada pelajar beliau pernah menetap di Malaysia selama lima tahun tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari bahasa Melayu kerana penekanan terhadap bahasa Inggeris ketika di sekolah.
"Kerana minat dia menyambung pengajian dalam bahasa Melayu apabila kembali ke Jepun. Faktor minat ini dorongan yang kuat kerana Malaysia jika dibandingkan dengan Indonesia negaranya lebih kecil dan penduduk tidak ramai.
"Kebanyakan warganya boleh berbahasa Inggeris dengan baik, justeru pandangan umum mengenai Malaysia adalah memadai untuk fasih dalam bahasa Inggeris sahaja," katanya.
Bagaimanapun tegas Nimoto, hal ini tidak begitu tepat kerana bahasa Inggeris bukanlah kunci kepada segala-galanya. Justeru dalam banyak hal, kita perlu kembali ke bahasa asal atau tempatan dan jangan terlalu bergantung kepada bahasa Inggeris.
"Kajian mengenai Melayu misalnya ia hanya di permukaan saja kalau berpandukan bahan dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya informasi akan lebih banyak, dalam dan jelas jika bahan kajian bersumberkan bahasa Melayu.
"Misalnya jika berlaku kes kritikal di Afghanistan, tidak boleh berharap maklumat daripada bahasa Inggeris sahaja. Ia lambat dan ada kala tidak tepat jadi lebih baik kita berusaha mempelajari bahasa itu sendiri. Sangat penting bagi sesebuah negara untuk mempunyai pakar dalam pelbagai bahasa," katanya.
Nimoto berkata, beliau tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris tetapi ia tidaklah terlalu penting. Misalnya maklumat mengenai Malaysia mudah diperoleh di Jepun dan ia dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun apabila disemak, ada sebahagian maklumat itu tidak tepat malah salah sepenuhnya. Ada kala ia hanyalah pandangan sepihak penulis atau berdasarkan sumber daripada penutur bahasa Inggeris sahaja.
"Sebenarnya di Malaysia perspektif penutur bahasa Inggeris dengan penutur lain-lain bahasa misalnya bahasa Melayu atau Mandarin sangat berbeza. Dunia mereka berbeza, kerana itu sangat penting untuk mempelajari bahasa Melayu," katanya.
Tegas Nimoto, pelajar di Jepun mula mempelajari bahasa Inggeris pada usia 11 tahun dan mereka dikehendaki mempelajari satu lagi bahasa asing apabila memasuki universiti antaranya bahasa Mandarin, Korea, Perancis, Jerman dan Sepanyol.
"Dulu bahasa Russia sangat popular di Jepun tapi sekarang tidak lagi dan diganti dengan bahasa Korea.
"Bahasa Melayu turut diajar tetapi ia tidaklah popular tetapi ada ditawarkan di universiti awam dan swasta," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-1-2022 10:09 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kat Malaysia warganegara sendiri tak fasih Bahasa Melayu sampai pulak minta penterjemah untuk urusan rasmi |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba cakap melayu kat UK ke US ke untung la kalau dia tak suruh kau fo back to your country. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Simunggu at 24-1-2022 10:23 AM
di malaysia sbb ada cina & india...ini 2 bangsa tak nak pakai bahasa melayu....so kena opt for BI lah kan? jadi semua bangsa kena pakai BI lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 24-1-2022 10:09 AM
Cuba cakap melayu kat UK ke US ke untung la kalau dia tak suruh kau fo back to your country.
Hahaha pack up adalah |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasa penting BI ni especially kalau jadi reporter yg translate je berita dari BI ke BM. Kalau tak mahir, berita tu jadi salah penyampaiannya bila sampai ke pembaca BM, info jadi garbled, sometimes garbage pun boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
bahasa inggeris ni bagusnya utk kita dpt info/ilmu byk dalam b.i, tapi utk bercakap takde apa pun..otak bukan kira kau bagus inglis ke tidak. dulu ada colig sepking hebat kalau dia on call saja je speking sleng2 us very the. aku pun wawww kt dia..suka dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 24-1-2022 01:35 PM
sekarang ni apa yg i lihat - kuasai je bahasa, be they English Arabic korean ,mandarin etc, sebab dia memudahkan komunikasi, seriously. Kalau kuasai latin , greek , persian pun best juga boleh baca manuscript, pokoknya bahasa ialah ilmu juga so tak payah ade sentimen sentimen tak sihat.
dalam terjemhan kemahiran berbahasa penting , kekadang maklumat daripada bahasa asal tu hilang atau maksud sebenar tu dicairkan atau hilang apabila bahasa kedua terjemahan tu tak dapat nak cakup makna sebenar tulisan asal tu.Banyak dikesan dalam thesis sarjana daripada oxford nak fahami karya al farabi...sebab benda ni tinggi...bila mai bab perbincangan konsep kosmologi , ketuhanan etc.
tu banyak berlaku. Ini sapa yg ikuti pengajian atau pi ikuti majlis ilmu yg terjemah karya karja filosuf Islam, ilmuwan Islam memang kene hehati.
lagi satu - apabila membaca karya orientalis berkenaan nusantara atau sesuatu pengajian Islam , ni pun kena faham subject matter and bahasa juga, sebab depa tulis apa yg depa lihat dan bersandarkan apa yg depa tahu daripada worldview depa, depa tafsir benda daripada apa yg depa faham daripada korpus pemhaman depa tentang dunia , keksdang benda tu tak betul ...so ini pun satu.
Apa yg Professor tu cakap i setuju , tang bab nak faham sesuatu benda kena rujukan banyak sumber dan ini memerlukan kemahiran berbahasa.
daripada aspek sosial, yes lah bangsa Jepun and Korean depa boleh bangga sebab depa punya culture dan atttude depa effective dalam memajukan bidang yang menjadi pengukur ketamadunan iaitu pencapaian Sains & Teknologi. Depa bagus and budaya korporat depa pun dah sebati sebagai satu ikon and branding depa, benda ni terzahir dalam k drama etc, ini tak pe . so bila tengok drama depa kita tak lah terasa menonton seolah drama samarinda pukul 7 pm yg megah megah holding itu ini , plot maca ape je, cuma apa yg i nampak the downside apabila depa tak bagi penekanan bahssa kedua ialah kesukaran atau ada language barrier nak komunikasi dengan peminat depa ttg drama or lagu atau ape saja interaksi tentang sesuatu - dengan fans depa yg , memang dari serata dunia , mostly yg dok follow i live nstagram artis actor korea dari negara lain - akan sebut please english please. dan i nampak susah betul ye nak communicate bila tak ade bahasa alternative yg boleh memudahkan komunikasi..dan itu satu downside juga bila terpaksa relied on the substitles . kadang pelakon depa pun sebut frasa in english pun pelat seolah olah tak belajar pun...tapi tak pe lah juga plot, idea and pengarahan serta aspek teknikal yg bagus - so best, bagi muka jugaks hahaha, have to say i like Ok taecyeon 's english, Anh Hyo Sop, so far depa nyer english bagus, Nickhun 2PM tu memanglah dok kat US. hahaha...2PM jugaks... so, ok juga .
so ade plus minus kat situ.
bagusnya pulak peminat pula yg belajar bahasa kedua, 3rd language atau bhs depa , ni satu bagus pulak untuk fans hahaa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 24-1-2022 11:05 AM
BI ni msh penting..tp..spt yg dia kata bkn segalanya....dan jugak bkn 'kayu pengukur/tanda aras'.. orang tu lebih bijak berbanding orng lain...'untuk diletakkan 1darjat atas orng lain'...banyak lg bidang ilmu...yg mungkin dia 'x pandai'. |
|
|
|
|
|
|
|
macam juga yang kata money is not everything bila hidup dah miskin |
|
|
|
|
|
|
|
kalo ko tau bahasa melayu, sebenarnya ko boleh pi malaysia, indonesia, singapore dgn brunei. sedikit sebanyak boleh hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Apo lak, dh semua benda pun skrg byk nak in english… interview kerja pun jrang la nak ko ckp mlayu |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-1-2022 11:17 AM
macam juga yang kata money is not everything bila hidup dah miskin
Kene tgk jugak sape yg jatuh miskin tu. Cth mcm jutawan jatuh ke T20,dia rasa dia dah jatuh miskin la tu padahal dia ada duit lg. Lainlah macam yg dh biasa hidup sederhana mcm golongan B40 misalnya,takde duit banyak mana asalkan cukup makan pakai takde kene kejar along diorang dah happy dah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 24-1-2022 11:37 AM
nak berbahasa apa itu tengok tempat la bodoh.
kau ingat melayu ni bodoh macam chinkies ker?
melayu guna konsep di mana bumi di pijak,di situ langit di junjung.
tahu cara berassimilasi dengan local people bila jadi perantau di negara orang,
bangsa pendatang di malaya?
chinkies di malaya, cakap bahasa cina chingchong chingchong,
dan masuk sekolah vernakular racist dari kecik sampai dewasa,
cakap dan baca bahasa rasmi pun tak reti,
masih hidup aman dan jadi kaya di malaysia.
kalau chingchong di US dan mana2 negara europe,
memang kena maki free
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah la nak cakap bi berabuk pun.. tapi jgn laa tinggal bm.. ko duk malaysia kot..kenapa nak utamakan satu bahasa je dan tinggalkan bahasa yang lain.. apa salah tau dua2..
Mcm anak cousin aku... beranak pun kat malaysia je, acah2 takleh cakap bm.. atok nye pun bangga cucu tak paham bm,…cakap ngan cucu pun guna bi je.. poyo.. menyampah! |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 24-1-2022 11:29 AM
nak berbahasa apa itu tengok tempat la bodoh.
kau ingat melayu ni bodoh macam chinkies ker? :laugh3 ...
Eh eh songkok turki dah beli tuk raya no, baju melayu ereb dah tempah? Tahun ni dah boleh rentas negeri.
Kau la bangang tak pernah duk luar negara ckp je lebih. Kau naik public bus cuba kau cakap melayu antara kau sendiri pun derang boleh trigerred bodoh.
Dah jgn ckp banyak, songkok turki jgn lupa order dr shoppee made in china tak pun made in india. |
|
|
|
|
|
|
|
Generasi baru di Jepun pun dah makin minat nak belajar bahasa inggeris tak macam dulu lagi. Ramai je antara mereka dah mula ajar anak2 mereka bahasa inggeris dari kecil terutama dikalangan mereka yang mendapat pendidikan luar Jepun. |
|
|
|
|
|
|
|
kat my sejahtera pon bahasa english juga.jenuh masa booster nak update status bagai bahasa orang putih. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai jer melayu jumpa melayu kat tengah2 London cakap melayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 24-1-2022 05:01 PM
kat my sejahtera pon bahasa english juga.jenuh masa booster nak update status bagai bahasa orang put ...
Boleh tukar bahasa kan kat setting. |
|
|
|
|
|
|
| |
|