CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Sarawak] Projek Benteng Laut Sebuyau bakal siap dalam 2 tahun

[Copy link]
Post time 24-1-2022 08:26 AM | Show all posts |Read mode


SEBUYAU: Projek Benteng Laut Blok Fasa 3 Sebuyau dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, tawaran kontrak berjumlah RM19.9 juta itu telah dilakukan kepada kontraktor dilantik bermula 20 Januari lepas.

Menurutnya, ini bermakna projek tebatan banjir atau benteng laut melibatkan Blok F fasa 1,2 dan 3 Sebuyau sudah ditawar sepenuhnya.

“Blok F dijangka dapat mengawal dan menghalang limpahan air laut semasa berlakunya air pasang besar di Sebuyau.

“Untuk rekod selain Blok F, blok lain yang sedang dibina ialah Blok E dari Tebelu hingga ke Kampung Seberang Sebuyau yang mula dibina sebelum penghujung tahun lepas,” katanya semasa menghadiri taklimat projek tebatan banjir pada Sabtu.

Turut hadir, Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu.

Sementara itu, Datuk Julaihi memberitahu, projek Blok D dari Bajong ke Tebelu juga bermula tahun lepas, manakala Blok A Sebangan Fasa 1 sebelah Sebangan/Bajong telah bermula pada Oktober 2020.

Tambahnya, Blok A Fasa 2 yang akan bersambung dari Bajong menuju Kampung Lutong/Pasar Sebangan/Sg Menek masih dalam penilaian kontrak sebelum kontraktor dilantik.

“Semua kerja membina benteng laut ini dijadualkan siap 24 bulan dari tarikh kerja kontrak bermula untuk semua Blok A,D,E dan F sepanjang 25 kilometer dari Sebangan menuju Sungai Rama Sebuyau,” katanya.


sarawakvoice.com/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.048206 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list