CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 74|Reply: 0

[Sarawak] Murid jatuh dari beranda sekolah

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:25 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Seorang murid perempuan terjatuh ketika memakai kasut dari beranda tingkat satu Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, Baram dekat sini, hari ini.

Bapanya, Yulius Merang berkata anaknya yang berusia sembilan tahun kini dalam keadaan stabil dan dinasihatkan doktor untuk berehat di rumah selepas dibenarkan keluar daripada Jabatan Kecemasan Hospital Miri.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika dia hendak keluar kelas pada waktu rehat dan semasa memakai kasut tiba-tiba terjatuh ke bawah. Dia kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Long Lama dan kira-kira jam 6.30 petang dirujuk ke Hospital Miri sambil ditemani isteri saya.

"Saya ketika itu berada di Bintulu terus pulang ke Miri selepas terkejut menerima berita yang menimpa anak saya ini," katanya ketika dihubungi.


Gambar tular di media sosial menunjukkan murid terjatuh dari beranda tingkat satu di SK Long Bemang.

Yulius berkata semasa di Jabatan Kecemasan Hospital Miri, anaknya telah melalui proses x-ray dan didapati tiada kecederaan serius cuma terdapat dua luka di bahagian kepala.
"Selepas dirawat, dia dibenarkan keluar dari Jabatan Kecemasan sekitar jam 1 pagi hari ini," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya itu kerana beliau difahamkan ini merupakan kejadian kali pertama.

"Saya amat berharap rancangan bina baharu sekolah tersebut dapat dipercepatkan kerana saya tidak mahu anak-anak yang lain akan mengalami nasib yang sama seperti ini," gesa beliau.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn ketika dihubungi berkata beliau telah dimaklumkan mengenai kejadian menimpa murid sekolah tersebut.

"Difahamkan murid tersebut telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan dia tidak mengalami kecederaan serius dan telah dibenarkan keluar. Sementara itu, pembinaan SK Long Bemang telah diluluskan dibawah projek Sekolah Daif RM1 bilion dengan kos RM6 juta dan ditender pada tahun 2021.

"Memandangkan tiada petender yang berjaya maka ia dicadangkan untuk tender semula pada Februari 2022," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.086838 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list