CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 14

Ryzal Jaafar alami jangkitan kuman dalam paru-paru

[Copy link]
Post time 21-1-2022 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Ryzal Jaafar alami jangkitan kuman dalam paru-paru



Kuala Lumpur: Pelakon, Ryzal Jaafar kini ditahan di wad Hospital Selayang, di sini, sejak tiga hari lalu selepas disahkan mengalami komplikasi jangkitan kuman dalam paru-paru.

Ryzal, 40, berkata, sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans, dia terlebih dahulu mendapatkan rawatan di klinik kesihatan selepas tidak boleh tidur lena dan mula sesak nafas.

Bagaimanapun, dia negatif virus Covid-19 selepas melakukan ujian pengesahan virus itu.

"Hampir seminggu saya tak sihat. Bila balik malam badan rasa sejuk, kena pakai baju tebal dan berselimut untuk panaskan badan. Saya juga tak boleh tidur lena dan rasa sesak nafas.

"Sejak kebelakangan ini juga saya mudah rasa semput, padahal selama ini semua okey. Keluarga ada nasihatkan saya untuk pergi buat pemeriksaan tapi saya pula sejenis suka bertangguh. Saya anggap sakit ini sementara saja sehinggalah saya sudah tak boleh tahan lagi dan akhirnya ke klinik kesihatan.

"Selepas diperiksa di sana, saya dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Selayang menaiki ambulans. Ketika itu baru sempat saya berkongsi keadaan terkini di media sosial," katanya.

Menurut Ryzal, ini adalah pengalaman pertamanya ditahan di wad.

"Hari ini masuk hari ketiga saya di tahan di wad. Doktor mengesahkan saya mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

"Hampir sehari ditempatkan di wad kecemasan, macam-macam perasaan hadir ketika itu. Ditambah pula pesakit bersilih ganti. Ada orang tua meraung-raung, bayi menangis, dengar pula bunyi mesin. Memang tak selesa.

"Kemudian saya dimasukkan ke wad biasa dan diberikan rawatan antibiotik. Selain itu, doktor juga melakukan beberapa pemeriksaan kerana bimbang kuman menjangkiti anggota badan yang lain," katanya.

Menurut Ryzal, disebabkan penyakit yang dialami berat badannya turun secara mendadak dan wajahnya kelihatan cengkung.

"Berat badan saya turut enam kilogram (kg). Saya memang perasan muka saya semakin cengkung dan badan pun semakin susut. Terkini berat badan saya 59.5 kg daripada berat badan normal saya 65 kg," katanya.

Dalam masa sama, Ryzal bersyukur apabila ramai kenalan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada dirinya di media sosial mahu pun melalui telefon.

Terdahulu, Ryzal mencetuskan kebimbangan ramai apabila berkongsi video dia berada dalam ambulans dan terbaring di katil hospital sambil diberi bantuan oksigen.

Tulis Ryzal dalam kapsyen video yang berlatar belakangkan lagu Kepadamu Kekasih (Datuk M Nasir) itu; 'Pray for me'.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... man-dalam-paru-paru

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2022 07:00 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 07:01 PM | Show all posts
kokosyen look gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:28 PM | Show all posts
rambut dia da gugur semua ekkk...
da jarang2 da rambut dia kann....
kesian ekkk....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:55 PM | Show all posts
bf opie ni masa drama dunia baru..hensem tapi makan pelahap
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepatnya umur dia bergerak,dah naik 40 tahun dah
Boleh terbayang2 lagi lakonan dia dlm dunia baru tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh... Omg tak sangka umo dia 40 yach, sebab iols ingat dia baya2 nazimah, tapi lagi muda rhoper dia dari permaisuri kokdiang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
get well soon kaka rozyl sangdewi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 21-1-2022 07:55 PM
bf opie ni masa drama dunia baru..hensem tapi makan pelahap

Dia makan guna tgn penuh nasik kat jari
Dulu2 hensem jugek dia ni
Lately rambut makin kureng pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok gk dia dlu. Tp syg kelempuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:16 PM | Show all posts
Semoga cepat sembuh.
But... stop la kot obses dgn medsos ni.
Dah dalam ambulance pun still rakam video and post, pray for me.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka batu ronsen nim
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.807994 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list