CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6106|Reply: 87

FreeZia pakai barangan berjenama tiruan

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by heythere123 at 21-1-2022 12:13 PM

FreeZia pakai barangan berjenama tiruan

Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI 20 Januari 2022, 10:40 am

TERKENAL dan mula mendapat perhatian menerusi rancangan Single Inferno, sudah pasti ramai yang peminat K-pop ingin mengenali lebih dekat mengenai pendatang baharu FreeZia.

Sedang memuncak di tangga populariti, FreeZia atau nama sebenarnya Song Ji-a tiba-tiba terpalit dengan kontroversi yang mendakwa dirinya kerap memakai barang tiruan atau fake.

Barangan tersebut termasulah, pakaian, baju-T, rantai leher dan gaun yang selalu dipakainya semasa keluar bersiar-siar dan acara tertentu.

Untuk seseorang yang sering menjaja kehidupan mewah dalam program hiburan dan media sosial, dakwaan tersebut semestinya mencalarkan imejnya sebagai selebriti dan pempengaruh media sosial.

Selepas agak lama berdiam, FreeZia akhirnya mengakui kebenaran dakwaan berkenaan dan memohon maaf menerusi sebuah entri dalam Instagramnya.

“Tiba masa untuk saya berlaku jujur mengenai kontroversi barangan berjenama palsu yang diperkatakan hingga ke hari ini.

“Sebahagian daripada barangan berjenama palsu yang disebut anda adalah benar. Saya memohon maaf atas segala yang berlaku kerana memandang ringan isu pelanggaran hak cipta rekaan pereka terlibat,” tulisnya.

Pada hantaran sama, FreeZia turut berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

“Saya akan belajar dengan berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

“Saya juga memohon maaf kepada pemilik jenama yang terbabit dengan masalah kerana saya,” katanya lagi.

Meskipun nampak remeh, isu tersebut menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan memandangkan FreeZia pernah menyuarakan impian memiliki jenama sendiri tetapi tidak faham tentang isu hak cipta.

Sumber: Kosmo!





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
I blom lg terasa nk tgok single inferno nie
Al maklumlah dah mak2 ni mls nk tgok cite bbnu hahahah

Tp ade tgok preview lawa die nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 10:01 AM | Show all posts
missyL replied at 21-1-2022 09:47 AM
I blom lg terasa nk tgok single inferno nie
Al maklumlah dah mak2 ni mls nk tgok cite bbnu hahahah

haah kaka, dia antara contestant yg lawa sebab tu dia mendonia sangat sekarang. Tapi alih2 kantoi pakai fake & try hard nak ada imej chaebol tu

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 21-1-2022 10:01 AM
haah kaka, dia antara contestant yg lawa sebab tu dia mendonia sangat sekarang. Tapi alih2 kantoi  ...

Muka die mmg nmpk cm muka anak orka
Kesian kantoi haha
Netz sane lg gila hahaha

Tp die ade aura bimbo sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 01:24 PM | Show all posts
missyL replied at 21-1-2022 12:18 PM
Muka die mmg nmpk cm muka anak orka
Kesian kantoi haha
Netz sane lg gila hahaha

bila jadi macam ni, orang start speku la betul ke tak dia anak orka.

I tak nafikan knetz memang gila, tapi untuk isu freezia ni i'm on their side sebab si FZ ni kemain haritu buat video haul banyak2 kononnya beli branded item. Sekali barang fake rupanya yg dia dok buat content tu

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 21-1-2022 01:24 PM
bila jadi macam ni, orang start speku la betul ke tak dia anak orka.

I tak nafikan knetz memang g ...

Yeke hahaha
Fake je la content tu hahah

Nmpk mmg si FZ ni mmg nk femes.
I also don't think die ank orka.
Klo btol2 chaebol femili pn x bg kot msok show tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2022 03:17 PM | Show all posts
missyL replied at 21-1-2022 02:58 PM
Yeke hahaha
Fake je la content tu hahah

ada je anak orka hatta betul2 chaebol yg aktif la jugak dalam industri macam Ham Yeonji,  Siwon, Hyungshik tapi yg tu legit la sebab dia memang reveal famili dia sape.

Yang FZ ni, dia macam tunjuk je hint kononnya famili dia kaya tapi tak pernah reveal pon her whole fam



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 04:00 PM | Show all posts
dia pakai beg Dior fake untuk Dior perfume punya post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 21-1-2022 04:00 PM
dia pakai beg Dior fake untuk Dior perfume punya post

tak tau nak beza daa, mcm mana nk tau dior ni fake?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 21-1-2022 01:24 PM
bila jadi macam ni, orang start speku la betul ke tak dia anak orka.

I tak nafikan knetz memang g ...

mcm dengar rumor yang dia cakap ayah dia dentist padahal orang biasa je
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ok sambung dari thread tadi hehe

i tengok since freezia dah banyak western fans, dorang yang banyak defend freezia sbb katanya korean yang over tapi i faham je kenapa dorang marah sebab dorang kan memang prioritize pasal image. ni dah kira menipu la. Awal2  i pun macam adore la dia dalam singles inferno tu tapi lepas tau cam turn off pulak sebab dia macam acah acah gitu. dah la banyak tau. apa la perasaan cast single inferno yang lain ek bila tau jia yang pakai branded head to toe dalam show rupanya fake je sebab nak nampak fancy orang lain pakai simple simple je hahah yang paling ketara nampak tak okay dgn jia laki yang dia pilih hyeon joong tu sebab katanya dah block unblock jia kat ig lepas controversy ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 11:06 PM | Show all posts
mrsjones replied at 21-1-2022 10:34 PM
tak tau nak beza daa, mcm mana nk tau dior ni fake?

i lupa apa yg knetz cakap pasal dior ni tapi memang confirm dior ni fake sebab agency freezia sendiri keluarkan statement
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 11:07 PM | Show all posts
wtvmjls replied at 21-1-2022 10:42 PM
mcm dengar rumor yang dia cakap ayah dia dentist padahal orang biasa je

yes, now ramai speku ayah dia keje biasa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih laaa iolss Google siapa zia ni. Cakap pasal barang fake ni kan, iolss ada sorg kawan ni tau. Dia bgtau dia ada lock handbag kat shopee live. High end pny handbag la. Seller tu bagitau, handbag tu sume kilang reject. Iolss dah pelik dah. Sebab iolss ada baca kat sini. Biasanya kalau handbag mahal² ni, kalau defect ke, tak laku ke, dorg bakar je terus? Tapi iolss diam je la. Malas lak nak tanya lebih²
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 11:15 PM | Show all posts
wtvmjls replied at 21-1-2022 10:47 PM
ok sambung dari thread tadi hehe

i tengok since freezia dah banyak western fans, dorang yang banyak ...

awal2 ada la orang macam suspicious dah betul ke dia ni anak orka tapi lepastu sebab nampak beria dia beli branded goods orang macam percaya je la dia ank orka. Tapi betul la u cakap, orang Korea pentingkan imej. Sebab freezia ni sendiri buat imej macam dia anak orka, bila kantoi menipu memang kena kaw2 la.

I tak tengok singles inferno tapi ada la tengok snippets sikit and nampak freezia ni pakai baju branded mesti yg nampak logo tu, like macam nak bagitahu yg dia pakai ni branded goods

Yg kes follow unfollow tu pon i baru tengok tadi. Kalau ikutkan, dorang yg gi singles inferno tu memang confirm dating ke uols? ke being together for the sake of cameras je?


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 21-1-2022 11:07 PM
Gigih laaa iolss Google siapa zia ni. Cakap pasal barang fake ni kan, iolss ada sorg kawan ni tau. D ...

Idok lah original
Tu Kilang reject sume tu mcm ade kt msia je
Tu beg2 yg sllu wat live kt fb tu kan
Mmg sume fake. Cume nye x thu grade ape.

Kadang2 terpikir jgk ape hukum jual fake hbag ni ye.
Halal ke income tu.sbb mostly i tgok dok live malay la

Sian kawan u

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2022 11:17 PM | Show all posts
wtvmjls replied at 21-1-2022 10:47 PM
ok sambung dari thread tadi hehe

i tengok since freezia dah banyak western fans, dorang yang banyak ...

fans western memang, tunggang selagi boleh. Apa2 yg dekat korea yg tak kena ikut tekak dorang memang seronok la dia attack. Hipokrit yang aamr sebab kono tak sokong branded goods sebab mahal la apa la, tapi  Freezia dok promote selama ni takpe pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 11:22 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 21-1-2022 11:07 PM
Gigih laaa iolss Google siapa zia ni. Cakap pasal barang fake ni kan, iolss ada sorg kawan ni tau. D ...

yg ni i pon tak sure tapi i tak rasa kalau orang jual brang high end yg legit akan guna term "reject". Kalau dia cakap from outlet boleh percaya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 21-1-2022 11:16 PM
Idok lah original
Tu Kilang reject sume tu mcm ade kt msia je
Tu beg2 yg sllu wat live kt fb t ...

Tu lah...sian kat dia. Berapa ratus dah la dia g tabur kat "handbag" tu. Dia ada ajak iolss beli, iolss just ckp nanti share la link dia.

Tapi memang betul ke, kalau handbag mahal² ni ada defect sikittt je, dorg bakar terus?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 11:24 PM | Show all posts
Edited by heythere123 at 21-1-2022 11:25 PM
missyL replied at 21-1-2022 11:16 PM
Idok lah original
Tu Kilang reject sume tu mcm ade kt msia je
Tu beg2 yg sllu wat live kt fb t ...

nak cakap halal haram tu susah kan sebab walaupun benda tu salah, tapi kita pon maklum dah branded goods ni mahal sangat sampai rasa membazir kalau

For me, i personally tak kesah kalau u nak pakai/jual fake ke apa tapi please jangan tipu your customer atau claim u pakai barang ori. Kalau jusl fake tapi harga ori memang kena sumpah la

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.179857 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list