CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Sabah] PPM usir tiga warga asing cuba masuk secara haram

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:30 PM | Show all posts |Read mode


USIR: Anggota PPM memberi amaran dan mengusir keluar kesemua warga asing berkenaan.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menghalang tiga warga asing cuba masuk secara haram ke negara ini di laut Mataking Kecil, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, anggota PPM yang menjalankan tugas di lokasi berkenaan mengesan sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohammad Ismail berkata pasukannya bertindak menahan dan memeriksa perahu berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati perahu berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran dan dinaiki oleh tiga individu dipercayai sepasang suami isteri dan seorang anaknya.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kesemua mereka berasal dari negara jiran dan cuba menyusup masuk secara haram tanpa dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Menurutnya, anggota PPM memberi amaran kepada warga asing berkenaan agar tidak cuba memasuki perairan negara secara haram sebelum mengusir keluar sehingga ke sempadan negara.

“Tindakan usir keluar itu selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya.

Mohammad berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritin untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Maklumat boleh disalurkan melalui talian 24 jam atau menggunakan aplikasi Whatsapp ke Pusat Kawalan PPM Sabah di talian 0139391197,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.081639 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list