CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2600|Reply: 16

Kenali Farah Rose, Juruterbang Wanita Kini Jadi Penyanyi

[Copy link]
Post time 20-1-2022 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Memiliki pakej yang lengkap,Nur Farah Najihah Rosmi atau lebih dikenali sebagai Farah Rose,kini mula menempa nama seangkatan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) yang semakin menguasai industri seni hiburan.


Mempertaruhkan single pertama nya berjudul Lagu Ceritaku, penyanyi kecil molek ini mula menjinakkan diri di dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Dengan bakat yang dimiliki, Eddie Hamid telah ‘melamarnya’ untuk merakamkan lagu setelah tertarik dengan kelunakan suara Farah ketika komposer terkenal itu berada di tempat kelahirannya, Pulau Langkawi empat tahun yang lalu.


Berkongsi pengalamannya, Farah yang pernah menyertai pertandingan Bintang Kecil suatu ketika dahulu akui bukan senang untuk menjadi seorang penyanyi.  Namun, dia menganggapnya sebagai satu pengalaman yang manis untuk dikenang.




Foto: IG




“Ini adalah kali pertama saya membuat rakaman lagu di NAR Records. Saya rasa ini adalah pengalaman yang baru kerana saya tidak pernah rakam sebarang lagu dan tidak menjangka sebenarnya ia sukar berbanding apa yang dilihat. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.


“Proses merakamkan lagu tersebut mengambil masa dalam 4 hingga ke 5 jam juga kerana kita nak pastikan emosi saya sampai dalam setiap bait lirik. Dekat situ, baru saya tahu susah sebenarnya nak jadi penyanyi.


“Sebelum ini saya banyak buat cover dan persembahan secara langsung kerana sejak kecil lagi saya sering dijemput untuk buat persembahan di pelbagai acara. Saya pernah masuk pertandingan bintang kecil anjuran RTM semasa tahun 2010 dan 2011. Ketika itu, saya menjadi juara bintang kecil di Langkawi dan tempat ketiga bagi Zon Utara. Ibu-bapa yang  banyak beri galakan kepada saya kerana mereka lihat saya berpotensi sejak kecil lagi,” katanya kepada Murai.my.




  



Di sebalik perwatakannya yang lemah lembut, siapa sangka penyanyi berusia 22 tahun ini mempunyai kelulusan sebagai seorang juruterbang dari HM Aerospace Langkawi.


Malah, anak bongsu daripada lima beradik ini juga hanya menunggu masa untuk berkhidmat di syarikat penerbangan. Lantaran itu, dia mengambil peluang serta masa yang ada untuk mengembangkan lagi bakat nyanyiannya dan berhasrat untuk dikenali sebagai seorang juruterbang yang serba boleh.




  



“Saya baru sahaja tamat pengajian di sekolah penerbangan dengan melengkapkan 200 jam penerbangan pada Disember 2021.


“Saya tak nafikan cita-cita untuk menjadi juruterbang sejak kecil apatah lagi turut didorong oleh keluarga dan abang saya juga seorang juruterbang. Bila semakin meningkat dewasa, saya lihat tidak ramai juruterbang dikalangan wanita jadi saya rasa kenapa tidak saya teruskan cita-cita itu supaya lebih ramai wanita berminat dengan kerjaya ini.Namun dalam masa yang sama turut meminati bidang nyanyian,” katanya


Ketika ditanya mengenai keutamaan karier termasuk pembahagian masanya, Farah sudah bersedia dengan kekangan masa yang bakal dihadapi malah mempunyai strategi tersendiri untuk menempa nama dan mencapai cita-citanya.




  





  



“Ketika ini, saya ingin fokuskan dahulu dalam bidang nyanyian dan kemudian kita lihat bagaimana perkembangannya memandangkan saya masih belum mendapat lesen juruterbang secara rasmi. Sementara menunggu lesen tersebut dan industri penerbangan pulih sepenuhnya, saya akan teruskan dengan karier sebagai penyanyi.


“Saya akui kehidupan sebagai seorang juruterbang sebenarnya agak sibuk tetapi sebenarnya ia fleksibel kerana kita boleh atur jadual penerbangan. Jadi, saya percaya saya boleh bahagikan masa sebagai penyanyi dan juruterbang kelak,” katanya lagi.




  



  



Lagu dan video muzik Ceritaku ciptaan Puteri Yana dan Eddie Hamid serta lirik yang ditulis Hakimi Hakim dan Arisz Abd.Rahman itu kini boleh dilayari di semua platform digital. Menariknya juga, lagu tersebut turut dipilih menjadi antara lagu tema drama bersiri Honeymoon yang bakal ditayangkan di Slot Dahlia, TV3 pada Mac depan. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 02:28 PM | Show all posts
Cantik and nama pun sedap...

selamat maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:30 PM | Show all posts
cantik juga... cuma muka heshe petak macam puteri aishah... comel plak kucing puteh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:16 PM | Show all posts
kalau suara sedap ok la nak jadi penyanyi... kalau suara macam sampah, jadi penyanyi setakat jual muka baik ko jadi je pilot tu dik..cukup2 laa menambah orang2 terencat kemaruk nak jadi artis sampah kat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk akademi pilot ni mahai.. husband aii cakap belum masuk fees nak ambik lesen lagi..org² kayak ja yg hantaq ank p liot akademi ni. Berbaloi la dgn gaji puluh k
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:25 PM | Show all posts
comel kadang2 harap suare tak nabila razali yaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilot x pilot
Suara sedap, lagu ok on
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai2 tudung mcmni xyah la jdpenynyi

Rengsa aku tgk ppuan btudung nynyi kononnya tutup aurat tp pakai ketat duk melalak atas stage.. apoooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik rendah farah rose ni. Sekarang dah takda requirement ketinggian minimum utk jadi pilot ke? Aku perasan kat Subang tu katik2 pilots
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:44 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 20-1-2022 07:21 AM
Masuk akademi pilot ni mahai.. husband aii cakap belum masuk fees nak ambik lesen lagi..org² kayak  ...

hehe cousin iols ambik aircraft engineering kat subang tu pun mahal juga cuols.
kelas tak leh skip. kalau skip haaa susah la nak catch up nanti.

apatah lagi nak ambik pilot.. depo pulih ribu

utk tak OT iols lebih sokong adik ni jadi pilot full time
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheol dah pernah viral dulu kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 20-1-2022 03:21 PM
Masuk akademi pilot ni mahai.. husband aii cakap belum masuk fees nak ambik lesen lagi..org² kayak  ...

Tak kaya tapi hada kerja tetap juga mampu cuma kena bergolok gadai loan sana sini jual tanah etc untuk tanggung anak belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:51 PM | Show all posts
sedap ok, x best kne bahan.. gudlak
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:44 PM | Show all posts
baik laa lek lek je jadi pilot
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
royaldanish replied at 26-1-2022 03:44 PM
hehe cousin iols ambik aircraft engineering kat subang tu pun mahal juga cuols.
kelas tak leh ski ...

Engineering dulu ada under MAS akademi..tapi dah masuk GLC xda dah kot akademi..xingat la husband cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-1-2022 03:46 PM
Tak kaya tapi hada kerja tetap juga mampu cuma kena bergolok gadai loan sana sini jual tanah etc u ...

Tapi mmg mahal u yuran utk std pilot ni..most of student mmg dari pak yg reja pilot & airline la..maheran jarang la..kalau ada pun myb under scholarship kot. Dulu yaa mmg MAS ada akademi pilot dia tapi dah tutup kot sejak dah tukar ke GLC..aii pun xingat dah husband cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
royaldanish replied at 26-1-2022 03:44 PM
hehe cousin iols ambik aircraft engineering kat subang tu pun mahal juga cuols.
kelas tak leh ski ...

Under unikl miat ke?adik iols ada sorg..nak dptkan loan kene iv dulu pastu busuk2 req nak diploma with A dlm fizik and math..kira course mekanik kapal je pon tp yuran almost 100k sbb buat lesen kan..hrp trcapailah cita2 dia nk pegi kerja dgn emirates or etihad wlupun kerja dr bawah dulu pon takpe…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.290446 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list