Riyadh: Seorang wanita berusia 34 tahun di Arab Saudi dilaporkan melahirkan bayi kembar 10.
Menurut laporan Saudi Gazette, wanita itu melahirkan anak itu secara normal di Hospital Tentera Raja Salman di Tabuk, wilayah utara di negara itu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/20/135457vrospgvoamvs3z37.png) Foto: lifeinsaudiarabia.net
Portal itu melaporkan, bayi berkenaan seberat antara 950 gram dan 1. 1 kilogram.
Dalam pada itu, netizen menzahirkan ucapan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang membantu proses kelahiran kembar berkenaan,
Hospital Tentera Raja Salman, antara hospital terbesar di Arab Saudi, ditubuhkan pada Ogos 1980. -CARI
Sumber: Harian Metro |