Minggu lepas, Lebuh Raya Bukit Kukus di Pulau Pinang dibuka secara rasmi kepada orang awam. Diisytiharkan sebagai lebuh raya tertinggi di Malaysia, ia memiliki ketinggian lebih 60 meter, menjadikannya lebih tinggi dari Rawang Bypass.
kredit foto: TheStar
Walaupun lebuh raya itu memiliki pemandangan yang amat cantik dan menarik perhatian ramai untuk mengambil peluang bergambar di situ, sungguh merisaukan apabila sebilangan orang awam memberhentikan kenderaan mereka di lorong kecemasan dan turun untuk bergambar.
kredit foto: beautifulNara
Tindakan yang mengudang bahaya kepada pengguna lebuh raya itu dirakam dan dimuat naik ke TikTok pengguna @nornabillaidzhar.
Menerusi video itu, kelihatan banyak kereta berhenti di tepi jalan sehingga kereta peronda Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa datang sebelum semua kereta beransur keluar dari tepi jalan dan lorang kecemasan lebuh raya tersebut.
Ramai memberi pendapat agar pihak berkuasa menyaman sesiapa yang berhenti di tepi jalan tanpa sebab kerana ianya boleh menjadi punca kesesakan lalu lintas ataupun kemalangan. - CARI
|