CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

Hong Kong akan musnahkan ribuan hamster

[Copy link]
Post time 19-1-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode
HONG KONG: Hong Kong akan memusnahkan ribuan hamster selepas sebahagiannya diuji positif COVID-19, di saat bandar berkenaan mengekalkan strategi sifar-COVID.

Keputusan untuk memusnahkan kira-kira 2,000 hamster dan beberapa spesis haiwan kecil dibuat selepas pihak berkuasa kesihatan mengesan kes jangkitan di kedai haiwan peliharaan.

Setiausaha kesihatan, Sophia Chan, berkata langkah berkenaan adalah untuk melindungi kesihatan awam selepas seorang pekerja kedai haiwan peliharaan dan pelanggan yang mengendalikan hamster dijangkiti COVID-19.

Pekerja berkenaan dijangkiti varian Delta, yang ketika ini agak jarang dilaporkan di Hong Kong.

"Di peringkat antarabangsa, tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan boleh memindahkan COVID-19 kepada manusia namun, kita mengambil langkah berjaga-jaga," katanya dalam sidang media.

Sebanyak 11 sampel positif ditemui pada hamster yang dijual di Little Boss di Causeway Bay.

Pihak berkuasa percaya ia diimport dari Belanda dan menggesa individu yang membeli hamster dari kedai berkenaan selepas 22 Disember menyerahkan haiwan berkenaan untuk dimusnahkan.

Sekitar 1,000 haiwan dari kedai itu dan gudangnya akan dimusnahkan, manakala kakitangan dan pelanggan akan diuji.

Seramai 150 individu yang mengunjungi kedai itu juga diminta mengasingkan diri termasuk 20 kakitangan gudang.

Sebanyak 1,000 lagi hamster daripada puluhan kedai haiwan peliharaan sekitar Hong Kong juga akan dimusnahkan dan perniagaan diminta menghentikan operasi.

Timbalan ketua pertanian, Thomas Sit mempertahankan tindakan berkenaan dan menyifatkannya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Orang awam dilarang mencium haiwan peliharaan dan pastikan keadaan kediaman yang bersih," katanya.

Langkah memusnahkan haiwan itu mengundang kemarahan pencinta hamster di Hong Kong.

"Ada sesiapa yang boleh selamatkan semua hamster dan haiwan kecil lain?" tanya seorang individu di kumpulan Facebook dengan nama Hamster Blog HK yang mempunyai lebih 10,000 ahli.

Seorang individu lain meminta pegawai Hong Kong untuk pergi ke Wuhan dan musnahkan semua kelawar di sana. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.072414 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list