CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Sabah] Promenade tawar buffet makan malam istimewa sempena Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 19-1-2022 12:52 PM | Show all posts |Read mode


PROMENADE: Pihak pengurusan Promenade mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke hotel ini bagi meraikan Tahun Baharu Cina.



HIDANGAN: Salah satu hidangan yang tersedia semasa sambutan Tahun Baharu Cina 2022 di Promenade.

KOTA KINABALU: Seiring perayaan Tahun Baharu Cina 2022, Promenade menawarkan buffet makan malam istimewa dengan menyediakan pelbagai jenis hidangan bertemakan ‘good luck’ atau nasib baik kepada pengunjungnya.

Tukang masak Promenade Chef Loo berkata buffet makan malam ini tersedia pada 31 Januari, 1 hingga 6 Februari 2022 bermula RM70 bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun serta RM139 bagi dewasa dan RM119 bagi pembelian awal atau ‘early bird’ bermula 26 Januari depan.

Katanya beliau dan pasukannya juga mencipta beberapa menu lazim tahun baharu seperti Prosperity Fruity and Healthy “Yee Sang”, Bubur  Kacang Istimewa dengan Makanan Laut dan Abalon dalam Claypot, Ikan Kerapu Kukus, Laksa Sarawak dengan Udang Air Tawar, Kambing Bakar Kantonis serta pelbagai hidangan Tahun Baharu Cina lain.

Sepertimana kelaziman masyarakat Cina di negara ini, Promenade turut menyediakan hidangan khas yee sang sebagai penyeri buat acara makan besar di hotel ini untuk permulaan nasib baik dan kemakmuran sepanjang tahun.

Menu yang disediakan oleh Chef Loo dan pasukannya disediakan secara menyeluruh dengan meliputi makanan ruji Cina serta memasukkan elemen masakan melayu dan barat  sekaligus.

Dalam masa sama Promenade juga menyediakan manu set Tahun Baharu Lunar dengan set menu lapan hidangan Restoran Dynasty Cina yang juga hidangan tradisi Kantonis.

Hidangan disediakan dengan teliti oleh Chef Lim dan pasukan kulinarinya, dengan penyediaam pelbagai hidangan lazat termasuk Kerapu Harimau Kukus dengan Bawang Putih dan Cendawan Shimeji, Ayam Kukus Istimewa, Udang Laut Goreng dengan Telur Masin, Cendawan Hitam Rebus serta Gluten Puff, Nasi Goreng Oriental Hirisan Turki dan lain-lain.

Set menu ini sesuai untuk makan malam kepada syarikat atau “Sau Kong”, dengan harga bermula RM568 untuk hidangan kepada lima individu dan tersedia bermula 10 Januari hingga 15 Februari 2022 bagaimanapun tidak tersedia pada 31 Januari 2022.

Promenade juga menyediakan Treasure Pot atau "Poon Choi" iaitu hidangan tradisional yang terdiri daripada bahan tertentu termasuk bahagian khas ikan, kerang kering, daging kerang Jepun, daging kerang khas, udang laut, itik panggang dan banyak lagi.  

Ianya boleh didapati untuk tempahan awal sehari pada harga RM288 setiap hidangan untuk lima individu dan RM338 untuk dibawa pulang bersama periuk tanah liat.  

Hidangan ini juga terdapat dalam menu set tambahan empat hidangan terdiri daripada Sup Ikan Braise, Udang Goreng Gaya Thai dengan Abalon dan obor-obor, Nasi Goreng Daging Ketam dan Longan Sejuk dengan Wolfberry serta Buah-buahan Campuran pada harga RM518.

Treasure Pot disediakan untuk tempahan bermula dari 10 Januari hingga 15 Februari 2022 dan tidak tersedia pada 31 Januari 2022.

Salmon Sihat dalam hidangan Yee Sang juga disediakan bermula RM68 setiap bahagian sederhana dan RM108 bagi satu bahagian besar.

27 jenis hidangan Dim Sum turut disediakan pada 1, 3 dan 4 Februari 2022 bermula jam 8 pagi hingga 2:30 petang bagi membolehkan pengunjung meluangkan masa dalam tempoh perayaan bersama keluarga serta rakan-rakan.

Pengunjung dialu-alukan untuk hadir dan meraikan perayaan Tahun Baharu Cina di Hotel Promenade Kota Kinabalu dengan keselesaan dan persekitaran selamat yang tidak akan mengecewakan.  

Untuk tempahan serta maklumat lanjut boleh menghubungi 088-252 396.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053051 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list