CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1247|Reply: 4

Tasha Manshahar Dah Tak Nak Menyanyi, Selesa Jadi Cikgu

[Copy link]
Post time 19-1-2022 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Tasha Manshar memberitahu tidak merancang untuk kembali ke dunia seni suara dan selesa dengan kerjaya semasa iaitu sebagai seorang guru.


Kata Tasha, keputusan yang diambil sejak enam tahun lalu itu bukan kerana kemahuan suami yang juga bekas penyampai radio Zayan Raqib Majid, sebaliknya atas kehendak dirinya sendiri.




Foto: IG




“Menyanyi saya anggap sebagai hobi. Pada awal pembabitan pun, saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya. Buat pun sekadar suka-suka.


“Sampai satu tahap saya rasa sudah puas. Jadi ambil keputusan untuk berhenti. Tetapi ketika ini saya masih lagi mengajar,” katanya.


Tasha ditemui wartawan ketika hadir ke Majlis Apresiasi Usahawan Pelesenan Kumpulan Megaklinik Zahran yang berlangsung di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.




  



Ibu dua orang cahaya mata ini ditemani suaminya, Raqib.


Dalam masa yang sama Tasha dan Raqib turut berkongsi tentang penglibatan mereka untuk menguasahakan cawangan Megaklinik Zahran yang akan bermula sekitar tahun ini.


Kata pasangan suami isteri itu, keputusan untuk memulakan perniagaan dalam bidang tersebut bukan dibuat semalaman. Sebaliknya melibatkan proses perbincangan yang agak lama.




  



“Ramai yang bertanya kepada kami, kenapa pilih bisnes ini? Kenapa bukan perniagaan makanan atau lain-lain?


“Bagi kami, perniagaan ini akan membantu ramai orang. Kita semua tahu betapa penting rawatan kesihatan dan ubat-ubatan.


“Pada masa yang sama, sebagai pemilik (perniagaan), kami terpanggil kerana adanya program keusahawanan selama satu tahun yang dibimbing sendiri Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Megaklinik Zahran, Datuk Mohd Nafidz Abd Razak. Jadi, kami merasakan ini satu inisiatif yang sangat bagus,” kata Raqib.




  



Selain itu, apabila disoal rahsia kebahagiaan rumah tangga, pasangan ini tidak menafikan bahawa toleransi dan persefahaman adalah kunci segalanya.


“Sebagai suami isteri, tak perlu cari kekurangan atau keburukan pasangan. Yang penting saling memahami dan melengkapi.


“Sebagai individu kita ada perbezaan. Yang penting kena usaha untuk mencari titik penyatuan daripada perbezaan itu.




  



  



Untuk rekod, Tasha dan Raqib disatukan sebagai suami isteri sekitar empat tahun lalu. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla tu bertudung mcmni xyah la nak jd penyanyi…
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 19-1-2022 11:48 PM
Elokla tu bertudung mcmni xyah la nak jd penyanyi…

kannnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:50 AM | Show all posts
kekurangan Aura dan lagu tak begitu menangkap halwa telinga..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul dah tu dikkk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057727 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list