Dua lelaki berdepan ‘mimpi ngeri’ apabila nyaris menjadi mangsa godaan beberapa individu transgender atau pondan ketika melalui sebuah lorong di kawasan Kuantan, Pahang.
Berdasarkan sebuah video berdurasi 31 saat yang dikongsikan di media sosial Tiktok, @annafakram, Annaf dan rakannya mendakwa melalui kawasan itu dengan menunggang motosikal sebelum dihampiri empat pondan yang berada di lorong berkenaan.
Tangkap layar memaparkan empat pondan yang didakwa mengganggu mangsa yang melalui sebuah lorong di kawasan Kuantan, Pahang.
Menurut Annaf, dia sudah mengingatkan rakannya agar tidak senyum, namun tetap digoda pondan berkenaan sehingga mereka hampir ditarik.
“Saya lalu situ sebab perasan ada lampu, ingatkan lorong ni sudah bersih rupanya masih ada lagi sotong sedut sekilo RM30,” kata Annaf di laman sosial Tiktok.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai terhibur melihat reaksi Annaf dan rakannya yang berasa takut apabila pondan tersebut mahu menggoda mereka.
Sumber: K! ONLINE |