CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3444|Reply: 46

Pelanggan Salahkan Hotel, Peralatan Dalam Bilik Punca Anak Terkena Air Panas

[Copy link]
Post time 19-1-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Port Dickson: Satu laporan polis dibuat berhubung video yang tular dalam media sosial mengenai kekesalan seorang pelanggan terhadap layanan dan sikap tidak ambil berat pihak pengurusan hotel di daerah ini, selepas berlaku kemalangan di bangunan itu.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, polis  menerima laporan polis itu kira-kita  pukul 4.04 petang semalam  daripada seorang wanita berusia 47 tahun yang merupakan seorang pekerja bahagian pengurusan hotel tersebut.








“Laporan dibuat berikutan satu video yang  ditularkan melalui aplikasi Tiktok dan Facebook daripada satu akaun berhubung kekesalan dan rasa tidak puas hati seorang pelanggan terhadap layanan serta sikap tidak ambil berat pihak pengurusan hotel.


“Ini ekoran telah berlaku satu kejadian pada 12 Januari lalu yang mana seorang anak kepada pelanggan hotel dikatakan mengalami kecederaan melecur sebanyak enam peratus di bahagian tangan dan badan akibat terkena tumpahan air panas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Aidi Sham, pihak keluarga telah membuat aduan yang menyalahkan pengurusan hotel berkenaan pengubahsuaian dan kedudukan susun atur barang di dalam bilik sehingga menyebabkan kejadian berlaku kepada anaknya.


“Pihak pengurusan hotel dengan rasa simpati atas kejadian telah memulangkan semula bayaran hotel kepada keluarga mangsa dan menafikan tidak mengambil berat terhadap kejadian yang menimpa keluarga mangsa sebaliknya mengambil maklum aduan yang dibuat,” katanya yang memberitahu selepas itu tular video tersebut dalam media sosial.


Dalam paparan video berdurasi 52 saat, dipaparkan kaki peti ais yang diubah suai daripada keadaan asal menyebabkan tidak stabil sebelum terjatuh dan hampir menimpa kanak-kanak itu.


Lebih malang, dalam video itu memaklumkan bersebelahan peti ais terdapat cerek elektrik dengan air yang baru dipanaskan turut terjatuh dan terkena pada anaknya sehingga melecur.


“Laporan telah dibuat untuk pihak hotel tetapi malangnya hanya sedikit pampasan diberi dan ia tidak setimpal dengan kejadian menimpa anak saya,” dakwa pemilik akaun Tiktok @harrunarashid123. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana ya mau cakap..macam mana tu cerek jatuh? Takkan pula peti sejuk tidak stabil, cerek sebelah pula yg jatuh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:17 AM | Show all posts
sapa boleh kasi link Tiktok @harrunarashid123.. aku cari tak jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala aku cemas kalau isu ni x sampai hati nk tgk budak kena.. kalau dah rasa x betul kenapa masuk bilik tu, pegi complain dulu.. ni sampai dah masak air pula. Benda nk jadi kat dia ke cmna
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:29 AM | Show all posts
Maaf memang kesian adik tu, tapi camne boleh tiba2 peti ais tu tak stabil and jatuh melainkan ada orang usik. Kenapa nak salahkan pihak hotel bila kau dah tau ada kerosakkan kau ubahlah kettle tu kalau rasa fridge goyang2.  Pelik juga usually peti ais hotel 4-5 star hotel memang ok, kalau yg 2-3 stars ni usually bar fridge dia tak sejuk memanjang tapi tak pernah la pulak perasan la pulak ada kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:47 AM | Show all posts
kesian kat anak dia .. semoga di beri kesembuhan seperti sedia kala.. tapi kenapa letak cerek letrik kat bucu. ke sebab nak elak peti ais jatuh anak dia tertarik cerek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2022 10:54 AM | Show all posts
darkness replied at 19-1-2022 10:16 AM
Macam mana ya mau cakap..macam mana tu cerek jatuh? Takkan pula peti sejuk tidak stabil, cerek sebel ...

"Takkan pula peti sejuk tidak stabil, cerek sebelah pula yg jatuh?"


nice pun



Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:10 AM | Show all posts
owh. in the first place, kalau rasa susun atur bilik tu tak sesuai, boleh je minta tukar bilik lain. On the same time, beso beno ke fridge kat hotel tu sampai impact dia tumbang boleh kena kettle yang bersebelahan? Kettle tu mesti letak atas kabinet hotel or at least meja kan?

ke mak pak nya nak alihkan perhatian daripada dikecam tak pandai jaga anak kepada pihak hotel?

kesian budak ni... n sebelum post video tu, baik la mak pak budak ni pergi buat report polis, if betul salah hotel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kes ini
Iols.salahkan hantu.lah dulu...
Ke.anak.tu.tarik2 wayat kettle.tu?
Selalunya.wayar kettle.kat.hotel.neh.pendek.gila..mmg.cukup2 sampai.kat tmpt cucuk.plug tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:17 AM | Show all posts
Ko komplen kat hotel memang lah banyak tu je dapat. Itu pun kira dah cukup baik dapat duduk free.

Ko nak lebih saman ja tapi ko memilih mahkamah media sosial. Kita tengok siapa yang kena...

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana boleh jatuh benda berat. Anak perangai macam beruk panjat sana sini ke?
Mak pak pun perangai macam budak2. Dari upload ke tiktok, baik saman je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku syak anak dia tak reti dok diam, jakun dok hotel. Semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lain /guest hotel sama ada complaint? Ada jatuh cerek? Kalau setakat 1 kes ...susah nak salahkan pihak hotel
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah tau kedudukan cerek tu tak selamat yang ko gigih masak air tu dah kenapa? #donekecam
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hotel mana? Macam mana layout bilik tu? Minibar hotel bukan ke dlm built-in cabinet? Iols kalau check in hotel memang ubah ikut kesesuaian iols. Sebab kadang2 kerusi meja tu tak sesuai kedudukannya untuk iols yg beranak kecik ni. Masa check out susunlah balik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda gambar atau video kedudukan peti ais dan cerek tu ke? Susah nak kecam. Diam jelah dulu. Semoga adik ni cepat sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot2 anak pelanggan tu yg nakal .tarik wayar ke....ubah peti ais ke....tiba2 hotel lak kn saman. ..apapun harap ada keadilan utk pihak teraniaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 19-1-2022 10:54 AM
"Takkan pula peti sejuk tidak stabil, cerek sebelah pula yg jatuh?"



Kecuaian diri sendiri ada hati pula nak salahkan org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sendiri yg hyper tak nampak. Nak salahkan org lain plk
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hotel mana ni?
Sayangnya budus sikit.  Kalau betul salah hotel tu alang2 nk panjangkan kes baik la saman je terus. Setakat viralkan macam ni x pasal2 hangpa pulak yg kena saman nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.083073 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list